Rogol Dan Amang Seksual Gadis 14 Tahun, 4 Lelaki Didakwa
JOHOR BAHRU - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 14 tahun pada pertengahan bulan ini. Muhammad Sobri Muhammad Anuar, 25, Muhammad Rasyid Musa, 29, Muhammad Fikeri Mohd Sohad, 28, dan Nazreen Ashraf Nordini, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Noraida Sulaiman. Tertuduh, Muhammad Anuar, Muhammad Rasyid dan Muhammad Fikeri didakwa merogol seorang perempuan berusia 14 tahun tiga bulan di Lot 2173, Kampung Oren Baru, Ulu Tiram di sini pada jam 1 pagi, 14 Mei lalu. Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa melakukan kesalahan tersebut boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan. Kesalahan berkenaan memperuntukkan hukuman penjara antara 10 sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Sementara Nazreen Ashraf, melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di lokasi dan hari yang sama pa...