Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib

RAKYAT dijangka akan terbeban dengan kenaikan berganda harga barangan apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mula dilaksanakan, esok. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ada beberapa barangan dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus, turut disertai dengan cukai perkhidmatan enam peratus, menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga kepada rakyat. “Ada sesetengah barang impaknya berganda, maknanya 10 peratus bagi barangan, tapi servis, contohnya perkhidmatan lori dikenakan enam peratus, akhirnya rakyat akan tanggung kenaikan agak besar kesannya. “Tayar pula jika sebiji kira-kira RM400 hingga RM500, kalau 10 peratus (cukai jualan) dah RM50, pasang pula kena enam peratus (cukai perkhidmatan), kalau empat biji tayar berapa?," katanya pada sidang media selepas Majlis Tahlil dan Solat Hajat Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke-61 di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut hadir, Presiden Pemantau Malaysia...