Remaja 14 Tahun Maut Selepas Melakukan Seks Dengan Teman Lelaki
BALI – Seorang pelajar wanita yang berusia 14 tahun telah menemui ajalnya selepas melakukan hubungan intim bersama kekasihnya yang berusia 25 tahun pada ahad 21 Januari.
Menurut
sumber, pasangan kekasih itu mula berkenalan di laman media sosial sejak
disember 2017 tahun lalu.
Mereka
dipercayai telah mengadakan pertemuan beberapa kali sebelum menjalinkan
hubungan cinta yang serius.
Pada
malam kejadian, mereka telah berjumpa di daerah Air Terjun Singsing Angin pada
jam 13.30 kemudian mangsa telah dibawa ke rumah teman lelakinya.
Menurut
hasil siasatan awal pihak polis Polres Tabanan AKP I Putu Oka Suyasa, mangsa sempat
pergi ke bilik mandi untuk mencuci bahagian intimnya yang mengalami pendarahan.
Sebaik
sahaja keluar dari bilik mandi, mangsa terus rebah dan tidak sedarkan diri.
Teman
lelaki mangsa telah membawanya ke hospital namun sebaik sahaja tiba di hospital
doktor mengesahkan dia telah meninggal dunia.
Mangsa dianggarkan telah meninggal dunia 30 minit selepas
melakukan hubungan intim.
Ahli
keluarga telah dimaklumkan mengenai kejadian dan mangsa terpaksa dipindahkan
kehospital besar RSUP Sanglah untuk di bedah siasat.
Teman
lelaki mangsa telah ditahan untuk siasatan lanjut. Sumber:Eberita , Editor:Farhana

Ulasan
Catat Ulasan