Di Penjara 13,275 Tahun Kerana Menipu
BANGKOK - Mahkamah di Thailand menjatuhi
hukuman penjara 13,275 tahun ke atas Phudit Kittitradilok kerana menipu 570
juta Baht (kira-kira RM73 juta) daripada lebih 2,500 orang melalui satu skim
pelaburan palsu.
Bagaimanapun, mengikut undang-undang tempoh penjara yang sebenar, lelaki berumur 34
tahun itu akan menjalani hukuman maksimum 20 tahun.
Hari ini satu Media tempatan hari ini melaporkan, ,
lelaki terbabit, Phudit Kittitradilok didapati bersalah berhubung penipuan awam
dan pengubahan wang haram dengan skim pelaburan yang didalanginya dari Ogos
2015 sehingga September 2016.
Walaupun tempoh hukuman penjara yang
panjang dijatuhi ke atas lelaki itu oleh Mahkamah Jenayah Thailand, ia masih
jauh daripada rekod pada 1989 apabila sebuah lagi mahkamah menjatuhi hukuman
penjara 141,078 tahun ke atas seorang bekas pekerja Pihak Berkuasa Petroleum
Thailand, Chamoy Thipyaso. disabitkan kesalahan penipuan korporat.
Berikutan waran tangkap yang dikeluarkan
oleh mahkamah, Kittitradilok ditahan polis pada Ogos tahun ini.
Pada mulanya, Kittitradilok menafikan
kesemua tuduhan semasa siasatan polis, tetapi mengaku bersalah semasa
menghadapi tuduhan yang menyebabkan mahkamah mempertimbangkan dan mengurangkan
hukuman penjaranya sehingga separuh menjadi 6,637 tahun dan 6 bulan.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 5 tahun kepada
beliau bagi setiap 2,653 pertuduhan penipuan awam dan 10 tahun untuk pengubahan
wang haram, menjadikan jumlah hukuman penjara yang dijatuhi ke atas lelaki itu
kepada 13,275 tahun.
Pada mulanya, Kittitradilok menafikan
kesemua tuduhan semasa siasatan polis, tetapi mengaku bersalah semasa
menghadapi tuduhan yang menyebabkan mahkamah mempertimbangkan dan mengurangkan
hukuman penjaranya sehingga separuh menjadi 6,637 tahun dan 6 bulan. kerana
mengaku bersalah semasa menghadapi tuduhan walaupun pada mulanya menafikan
kesemua tuduhan semasa siasatan polis.
“Kira-kira 40,000 orang di perdaya untuk melabur
dalam penipuan membabitkan kira-kira 5.3 bilion Baht (kira-kira RM670 juta).”
Kata pengerusi Persatuan Skim Pelaburan AntiPiramid Samart Jenchaijitwanich.
Beliau minta jasa baik pada pihak berkuasa
meminda undang-undang mengenai penipuan awam dengan menaikkan kadar penalti. Sumber:
Bernama – Editor: Amylea Nazrul
Ulasan
Catat Ulasan