Adik Ipar Saya Sarat Mengandung 5 Bulan 'kantoi' Curang
Pelbagai permasaalahan rumahtangga yang berpunca dari suami
banyak kita dengar pada masa kini, masaalah suami curang, suami hisap dadah,
suami kaki pukul, tak bertanggungjawab dan macam-macam lagi.
Hari ini admin nak kongsi satu kisah yang agak menarik untuk
sama-sama ambil iktibar dan pengajaran. Kisah ini mengenai dilema seorang ipar
apabila mengetahui adik ipar perempuannya berlaku curang.
"adik ipar sy bermain mesej dgn lelaki lain dan
mesejnya berunsurkan seks dan ade satu mesej die pergi ke rumah lelaki tersebut
untuk "bersama".."bersama" atau tidak sy x tahu,
wallahualam.
adik ipar saya (perempuan), dia sudah
berkahwin dan sedang mengandung 5 bulan. Sepandai-pandai tupai melompat
akhirnya ke tanah jua. Akhirnya dia kantoi curang pada suami dia..
masej terlihat bertarikh bulan ini.. dan ada beberapa mesej
yang lelaki tersebut meminta duit dan adik ipar saya memberi duit pada lelaki
tersebut menggunakan duit nafkah yang suaminya beri setiap bulan.
Masuk ini dah kali kedua kantoi, adik ipar saya ni bermasej
seks degan lelaki tersebut, keluarga mentua
tahu akan perkara tersebut tetapi mereka sembunyikan perkara ini pada si
suami degan niat ingin selamatkan perkahwinan ini.
soalan sy patut ke keluarga mentua terus sembunyikan perkara
ini dari si suami? mohon warga krt terutamanya jika ada ustaz/ustazah yang
boleh beri pendapat atau nasihat di sini. Editor : Atila Atasha


Ulasan
Catat Ulasan