Singapura Bantah Permohonan Malaysia Isu Pulau Batu Puteh.

Pulau  yang direbut oleh dua negara iaitu Malaysia dan Singapura. Sampaikan pertikaian ni dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2007.

Akhirnya pada 2008, mahkamah memutuskan yang Pulau Batu Puteh jadi milik Singapura, Middle Rock jadi milik kita dan Tubir Selatan akan ditentukan berdasarkan persetujuan dua negara.

Tapi baru-baru ni Malaysia sekali lagi nak tuntut pulau ni bila dapat beberapa bukti baru.

Menurut laporan BERNAMA Singapura akan membantah permohonan Malaysia bagi interpretasi penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 2008 dalam kes berhubung kedaulatan ke atas Pedra Branca (Pulau Batu Puteh), Middle Rocks (Batuan Tengah) dan South Ledge (Tubir Selatan).

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA) berkata permohonan Malaysia bagi interpretasi yang difailkan semalam, adalah tambahan kepada, dan berasingan daripada permohonan yang difailkan pada 2 Feb, 2017 bagi semakan Penghakiman ICJ.

"Pada pandangan kami, Penghakiman ICJ adalah terang dan jelas. Permohonan Malaysia untuk ICJ membuat interpretasi terhadap penghakiman menimbulkan kebingungan.

"Oleh itu, Singapura akan membantah permohonan Malaysia bagi interpretasi yang kita anggap sebagai tidak perlu dan tanpa merit," kata MFA.

Kementerian menambah bahawa Singapura akan memfailkan Pemerhatian Bertulis mengenai permohonan interpretasi dalam masa terdekat.

"Sebagaimana kami yakin tentang kes kami mengenai permohonan semakan, kami juga yakin bahawa kami bersandarkan kepada alasan kukuh untuk membantah permohonan terbaharu oleh Malaysia untuk interpretasi," kata Kementerian.

MFA menarik perhatian bahawa Singapura komited untuk menyelesaikan isu-isu ini mengikut undang-undang antarabangsa.

Dalam permohonan yang dinyatakan oleh ICJ dalam satu kenyataan media pada Jumaat, Malaysia meminta mahkamah yang berpusat di The Hague memutuskan dan mengisytiharkan bahawa perairan di sekitar Pedra Branca/Pulau Batu Puteh berada dalam perairan wilayah Malaysia; oleh kerana Tubir Selatan terletak dalam perairan wilayah Malaysia, dan oleh yang demikian kedaulatan ke atas wilayah itu adalah milik Malaysia.

Malaysia memfailkan permohonan bagi semakan Penghakiman ICJ pada 2 Feb selepas menemui fakta baharu berdasarkan tiga dokumen yang disimpan di National Archives of the United Kingdom bagi menyokong tuntutannya.

Singapura sementara itu telah memfailkan Pemerhatian Bertulis pada 24 Mei, 2017 sebagai respon kepada permohonan Malaysia bagi semakan penghakiman ICJ. -- BERNAMA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Punca Dan Kronologi Gadis Dirata Sebelum Dibunuh.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..