Kisah Sebenar Warga Emas Dipukul Perniaga Roti John.
Ini berikutan kecoh semalam di media sosial seorang warga emas telah di pukul oleh peniaga Roti John tetapi hari ini seorang individu telah tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian tersebut.
Warga emas tersebut dikatakan telah mengalami cedera di bahagian kiri kepala dan lebam mata
kiri dalam kejadian petang semalam, sewaktu umat Islam hampir berbuka puasa.
Menurut anak mangsa, bapanya yang berumur 60 tahun itu
sebelum kejadian telah datang ke kedai Roti John dan meminta penjelasan dari
peniaga terbabit. Namun mangsa telah dipukul.
“Ini ayah saya. Tengoklah apa yang dia buat pada ayah saya.
Sanggup pukul orang tua berumur 60 tahun yang tengah duduk atas motosikal
ketika waktu hampir berbuka puasa,” kata anak perempuannya.
“Saya mengaku mulut ayah saya ‘bising’ tetapi mesti ada
sebabnya kenapa ayah berbuat demikian. Dia pergi minta penjelasan dari individu
itu dan yang pasti bukan dia yang mula menyentuh atau memulakan ‘drama’ ini,”
katanya.
Difahamkan kedua-dua pihak telah membuat laporan polis yang
sama pada hari kejadian.
Memandangkan isu ini telah menjadi semakin panas, seorang individu yang dikenali sebagai John
domingo telah tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku ketika kejadian.
John domingo mengatakan bahawa warga emas terbabit
telah datang ke kedai tersebut dan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya
terhadap peniaga berkenaan. Namun begitu individu tersebut turut menafikan bahawa mangsa telah dipukul
sehingga mengalami kecederaan teruk.
Ulasan
Catat Ulasan