Video Tangan Kanak-Kanak Patah Tersepit Dalam Rim Motosikal
Seorang
kanak-kanak lelaki patah tangan kiri selepas tersepit pada rim motosikal yang
sedang dinaiki bersama ibunya di Jalan Simpang Kuala, dekat sini, petang tadi.
Mangsa yang berusia tujuh tahun membonceng motosikal bersama
seorang wanita dipercayai ibunya kira-kira jam 1.50 petang.
Mangsa dikatakan terjatuh dari tempat duduk dan tangan
kirinya tersepit di jejari rim motosikal.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sepasukan anggota dari Balai
Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dikejarkan ke lokasi untuk membantu
selepas menerima panggilan jam 1.58 petang.
“Sebaik tiba, tangan mangsa yang tersepit pada rim sudah
dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan pihak kami segera memberikan bantuan
sebelum mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk
mendapatkan rawatan,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan