9 Gambar Individu Terlibat Kes Jenayah Termasuk Membunuh Diburu.
Kota Bahru – Sembilan individu diburu pihak polis bagi
membantu siasatan membabitkan pelbagai kes jenayah yang berlaku di negeri ini
termasuk kes bunuh.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din
Ahmad berkata, kesemua suspek lelaki yang berusia 23 hingga 54 tahun dipercayai
telah menghilangkan diri dan gagal dikesan pihak polis selepas melakukan
kegiatan terbabit.
Beliau berkata, sembilan lelaki berkenaan masing-masing
- Ali Amirul Aliff Rosdi, 23,
- Mohamad Nasarudin Abdullah, 23,
- Mohamad Fariq Haris Fadzilah, 24,
- Mohamad Faizul Fikry Zakaria, 25,
- Mohd. Hafis Ziqkryhand Zukri Kini, 27,
- Mohd. Amirul Afizam Mat Aripin, 29,
- Mohd. Shaifuldin Wie, 33,
- Mazlan Mustapha, 43, dan
- Kwok Boon Sin, 54.
“Pihak polis sudah lama mencari mereka bagi membantu
siasatan termasuk kes bunuh, cubaan bunuh, curi kenderaan, samun dan dadah yang
berlaku di negeri ini, namun sehingga kini mereka gagal dijejaki.
“Kita percaya semua lelaki itu kini berkemungkinan berada di
luar Kelantan dan mereka diminta tampil di mana-mana balai polis berdekatan
untuk bekerjasama dengan pihak polis,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari
ini.
Tambahnya, selain itu polis meminta orang ramai yang
mempunyai maklumat lanjut berkaitan kesemua lelaki itu diminta tampil untuk
membantu siasatan pihak polis.
Jelasnya, orang ramai tidak perlu berasa takut dan bimbang
untuk menyalurkan maklumat kerana identiti diri mereka akan dilindungi selain
tidak didedahkan.
Ulasan
Catat Ulasan