Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul

Imej
Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes kematian seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra di sini, Ahad lalu. Suspek berusia 31 tahun itu meninggal pada pukul 12.30 tengah hari semalam setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan parah di bahagian tengkuk, muka, telinga, badan serta kaki akibat dibelasah oleh orang awam. BACA: Lelaki dipukul selepas didakwa cabul wanita meninggal dunia Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata polis telah menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 20-an di sekitar Alor Setar semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Kita sedang memburu lima lagi suspek berdasarkan gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan gambar yang tersebar di media sosial," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari in...

Penerima BR1M Umpama Dapat Duit Raya.

Imej
Kuala Lumpur – Penerima BR1M umpama mendapat duit raya tahun ini, kerana Kementerian Kewangan akan mengagihkan duit pada 5 Jun ini. Menurut mStar Online, penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 apabila Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran peringkat kedua akan dibuat mulai 5 Jun ini. Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Rabu, pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini. “Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya dalam kenyataan di sini. Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana...

Lelaki Terima Padah, Rogol Gadis OKU Hingga Hamil.

Imej
Tindakan terkutuk seorang mekanik merogol seorang gadis lembam yang dalam perjalanan pulang selepas mengaji membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam. Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohamad Faizal Adlan Husin, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 November 2016. Mengikut pertuduhan, Mohamad Faizal didakwa merogol mangsa berusia 23 tahun di dalam bengkel motosikal di Kampung Permatang Pasir, Bachok pada jam 8.30 malam, Julai 2016. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian mangsa berjalan pulang ke rumahnya selepas selesai belajar mengaji al-Quran di rumah ibu saudaranya di kampung sama. Apabila tiba ...

Video Ibu Tampar Anak Kerana Kalah Perlawanan Tinju

Imej
Seorang wanita yang marah kerana anaknya tewas dalam perlawanan tinju, telah menambahkan kelukaan yang dialami oleh anaknya itu dengan menampar pipi anaknya. Anna Azovskaya yang juga jurulatih, pengurus dan ibu kepada peninju MMA Rusia, Viktor Kichigin berbuat demikian sebaik sahaja pengadil mengumumkan kemenangan lawannya iaitu Ruslan Yamanbae. Tamparan tangan kiri Anna itu telah dirakamkan dan menjadi tular. Selain Victor, Anna turut melatih tiga anak lelakinya yang lain iaitu Georgiy, Grigoriy. Dalam satu temubual dengan FightNights, Anna berkata dia tiada pilihan lain kecuali melatih anaknya untuk menjadi berani setelah suaminya terbunuh dalam peperangan. “Ketika itu anak-anak saya masih kecil dan saya berpindah di seluruh Rusia sebanyak 15 kali. Apabila anak-anak lelaki saya semakin membesar, mereka mula mengalami konflik dan terlibat dalam pergaduhan dengan lelaki lain. “Sejak itu saya beritahu mereka supaya belajar berlawan,’’ katanya. Dia telah melatih mereka da...

Polis Siasat Video Anggota Trafik Terima Rasuah.

Imej
IPOH: Polis Perak telah memulakan siasatan berhubung kewujudan klip video tular yang dikatakan bukti perbuatan seorang anggota polis trafik menerima wang suapan ketika bertugas. Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya memandang berat kewujudan video tersebut dan telah mendapatkan maklumat mengenainya. “Polis Perak tidak akan berkompromi dalam isu-isu integriti melibatkan anggota pasukan. “Kita akan memastikan tindakan tegas diambil ke atas anggota tersebut jika didapati melanggar peraturan tugas,” kata beliau dalam satu kenyataan media pada petang Selasa. Beliau mengulas laporan berhubung klip video yang menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal dipercayai menerima rasuah ketika sedang menahan seorang pemuda bagi kesalahan lalu lintas. Rakaman video itu yang memaparkan perbualan dan perlakuan kedua-dua pihak telah viral di laman sosial dan kini menjadi buah mulut orang ramai. - Astro AWANI

Dah Jadi Kes Bunuh, Lelaki Yang Koma Dipukul Dah Meninggal Dunia.

Imej
LELAKI yang koma selepas dibelasah di kompleks beli-belah di Jalan Putra, Alor Setar, Ahad lalu kerana didakwa mencabul wanita dalam tandas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), 12.30 tengah hari, hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kematian lelaki berusia 30 tahun itu dan berkata kes itu kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. “Lima individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun ditahan hari ini di Alor Setar berdasarkan gambar mereka dalam video yang ditularkan dalam media sosial. “Terdapat lagi individu yang masih dikesan dan kita minta mereka serah diri segera. Suspek yang ditahan dijangka akan direman hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya hari ini. Dalam kejadian 4 petang itu, lelaki terbabit didakwa cuba memeluk wanita berusia 21 tahun dari depan dengan menekup mulut mangsa sebelum wanita itu menggigit tangannya tetapi ditumbuk di perut. ...

McDonalds Terpaksa Samak Restoran Kerana Pelanggan Bawa Anjing,

Imej
JOHOR BAHRU – Rangkaian restoran makanan segera McDonald’s menyamak salah satu restorannya di Bukit Indah ekoran tindakan sekumpulan remaja membawa anjing ketika sedang menjamu selera. McDonald’s dalam satu kenyataan berkata proses pembersihan segera dilakukan di seluruh lobi restoran berkenaan dengan mengikut tatacara dan panduan dari masjid berdekatan. “Langkah itu dilakukan susulan tindakan sekumpulan remaja bukan Islam membawa anjing peliharaan mereka dan duduk di ruang lobi restoran berkenaan dalam kejadian, pada malam Ahad lalu. “Kami (McDonald’s Malaysia) sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis kami,” demikian memetik kenyataan McDonald’s. Gambar yang menunjukkan seekor anjing duduk di atas meja bersama sekumpulan remaja sedang tular di laman-laman sosial. Ia mengundang pelbagai reaksi daripada pelayar Internet, terutama yang beragama Islam. Sebagaimana memetik kenyataan McDonald’s menerusi Harian Metro, mereka mel...

Pengemis Lagi Kaya, Wang Tunai RM8,000 Dalam Bank RM40,000

Imej
Sebelum ini kisah pengemis mempunyai lebih banyak wang daripada si pemberi telah kecoh di media sosial, namun rakyat Malaysia yang pemurah membuatkan segelintir pengemis menggambil kesempatan untuk hidup mewah. Siapa sangka dengan hanya duduk di tepi jalan dan menadah tangan meraih simpati orang ramai, kita tidak boleh memandangkan rendah kepada golongan pengemis hari ini kerana mereka mungkin mempunyai lebih banyak wang daripada si pemberi. Buktinya, seorang wanita di Pulau Pinang yang ditemui mengemis di jalanan sebagai satu cara untuk meneruskan hidup ternyata mengejutkan pegawai-pegawai kebajikan apabila pengemis itu mempunyai wang tunai RM8,000 bersamanya – yang mungkin melebihi apa yang dimiliki oleh segelintir daripada kita. Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang dalam satu operasi pada 24 Mei itu juga mendedahkan wanita berkenaan memiliki RM40,000 dalam akaun simpanan tetap dan sebuah rumah di tengah-tengah bandar Georgetow...

Hampir 60% Warga Kota Terbeban Dengan Kos Sara Hdup Yang Meningkat

Imej
Sekitar 59.7 peratus penduduk di ibu negara terbeban ekoran peningkatan kos sara hidup, menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Memetik laporan yang disediakan oleh Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri dari Fakulti Ekologi Manusia UPM, 52.6 peratus lagi warga kota juga terbeban yang hutang yang menimbun. "Daripada dapatan kajian, jelas menunjukkan bahawa majoriti isi rumah miskin bandar menyatakan bahawa mereka terkesan dengan beban hutang yang ditanggung dan peningkatan kos sara hidup membebankan mereka. "Majoriti responden bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai simpanan untuk persaraan manakala tiga bentuk pinjaman utama ialah sewa beli kenderaan, perumahan dan pinjaman peribadi," kata laporan itu. Laporan tersebut disiarkan dalam makalah Ringgit edisi April 2017 yang diterbitkan secara bersama oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Bank Negara Malaysia. Kajian berkenaan melibatkan seram...

Ezlynn Memfailkan Penceraian Ke Atas Suaminya.

Imej
Apalah nak jadi dengan artis di Malaysia ini, kahwin cerai dah jadi asam garam dalam kehidupan dunia artis ini dan bagi dia orang ini tukar pasangan macam tukar baju saja. Lagi kisah rumah tangga artis yang bergolak dan baru-baru ini mengikut laporan yang dipetik dari Utusan, penyanyi Ezlynn yang terkenal dengan lagu berjudul Hi Hi Bye Bye telah memfailkan  permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Pelakon Filem Zombi Kampung Pisang, Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 36, memfailkan permohonan cerai tersebut melalui peguamnya, Izyan Hazwani Ahmad mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Januari lalu. Walau bagaimanapun, suami Ezlynn, Adam Fahmy Shamsudin, 38, tidak bersetuju dengan permohonan penceraian tersebut dan mahkamah memerintahkan mereka menghadiri sesi Jawantankuasa Pendamai (JKP). Pelakon Filem Zombi Kampung Pisang, Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 36, mem...

Isteri Dakwa Di Culik, Kantoi Dengan Lelaki Nepal,

Imej
Polis berjaya menahan seorang wanita yang menipu suaminya mendakwa dia diculik oleh lelaki nepal, selepas di siasat leleki nepal itu adalah kekasihnya. Menurut Laporan Harian Metro, helah seorang isteri berusia 30 tahun yang mendakwa menjadi mangsa culik terbongkar selepas polis menemuinya bersama teman lelaki di Johor Bahru, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, suami wanita itu membuat laporan selepas dia menerima panggilan telefon daripada lelaki Nepal yang menyatakan mangsa bersamanya pada 3 petang, 18 Mei lalu. Beliau berkata, lelaki berkenaan meminta suami wanita itu yang berusia 39 tahun membayar RM15,000 sebagai syarat untuk melepaskan isterinya. "Suami mangsa juga mendengar jeritan isterinya meminta tolong dan tidak lama kemudian, talian telefon dimatikan. "Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara berjaya menjumpai wanita itu bersama teman lelakinya iaitu warga...

Mengapa Kita Diwajibkan Berpuasa Dan Keutamaan Puasa Yang Harus Kita Ketahui.

Imej
Ramadhan telah pun mendatangi kita lagi selepas setahun berlalu. Ketika ini apa yang harus kita ketahui mengenai Puasa dan mengapa Allah mewajibkan bagi kita yang mampu untuk berpuasa, semoga apa yang saya nak sampaikan ini akan bermanfaat kepada pembaca di luar sana dalam menambahkan ilmu pengetahuan. Di antara keutamaan ibadah puasa adalah: 1. Puasa adalah Jalan Meraih Takwa Allah Ta’ala berfirman, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “ Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan bagi kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan pada orang-orang sebelum kalian agar kalian menjadi orang-orang yang bertakwa. ” (QS. Al Baqarah: 183). Allah Ta’ala menyebutkan dalam ayat di atas mengenai hikmah disyari’atkan puasa iaitu agar kita bertakwa kerana dalam puasa, kita mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Yang meliputi takwa dalam puasa adalah seorang muslim meninggalk...

Video Jururawat Menari Sambil Bermain Muzik Viral Di Media Sosial

Imej
Wah, ada bakat juga ye jururawat berempat ini, dahlah cantik lepas itu pandai lak buat mimik seperti kumpulan muzik berbakat. Aksi mereka berempat itu dikatakan telah dirakamkan di Indonesia tetapi lokasi sebenar kejadian masih belum lagi diketahui. Video tersebut telah mendapat perhatian dari netizen dan menjadi tular di laman media sosial serta video tersebut telah mendapat pujian dari ramai pihak. Aksi keempat-empat mereka yang seperti kumpulan muzik itu kelihatan turut memegang benda yang di mimikkan seolah-olah sedang memegang alatan muzik seperti microphone, dram dan gitar Aksi Jururawat Cantik `Main Muzik’ Jadi Tular Mereka kelihatan tanpa segan-silu megerakkan tubuh masing-masing walaupun ketika itu sedang memakai seragam jururawat, sekurang-kurangnya dapat juga mereka menghiburkan pesakit di bilik pemeriksaan itu.

Wanita Saman Uber Sebagai Punca Alami Keguguran.

Imej
Kejadian yang tidak diduga sama sekali telah menyebabkan seorang wanita mengalami kerugian serta mengalami tekanan emosi sehingga mengakibatkan dia mengalami keguguran akibat daripada tekanan yang dihadapinya. Namun begitu seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, wanita tersebut yang menjadi mangsa samun pemandu Uber akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat perkhidmatan pengangkutan berkonsepkan teksi itu. Mangsa kejadian, Wong Mei Yan, 26 tahun berkata, kejadian itu menyebabkan dia tertekan dan mengalami gangguan emosi sehingga mengalami keguguran. “Saya mengalami keguguran seminggu selepas kejadian itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Uber akibat tekanan emosi serta kerugian ditanggung,” katanya ketika dihubungi, semalam. Dalam kejadian jam 9.26 malam Ahad lalu, mangsa yang juga jurujual berusia 26 tahun menempah perkhidmatan itu untuk pulang ke rumahnya di Bandar Puchong Jaya dari sebuah pusat beli-belah di Bangsar. Kereta ya...

Gempar Video Bayi Berjalan Selepas Beberapa Minit dilahirkan.

Imej
Kejadian yang menggemparkan dan sukar dipercayai oleh jururawat apabila seorang bayi yang baru lahir dengan sendirinya cuba berjalan dengan menggunakan kakinya yang comel itu hanya selepas beberapa minit dilahirkan. Petugas-petugas di hospital bersalin Brazil tersebut amat terkejut apabila melihat seorang bayi perempuan di tab mandi yang mempunyai keazaman yang besar untuk berjalan walaupun dia baru sahaja beberapa minit dilahirkan. Kejadian sebegini baru pertama kali berlaku namun tidak di sangkal juga kerana setiap bayi yang baru lahir mempunyai pemikiran yang sangat berbeza yang kita sendiri tidak terduga. Dalam video yang ditunjukkan kelihatan seorang doktor sedang memegang bayi tersebut di dadanya dengan menggunakan sebelah tangan sambil bayi tersebut cuba untuk berjalan sendiri dan kejadian ini merupakan satu keajaiban. Jururawat yang lengkap berpakaian pembedahan dengan topeng klinikal di mulutnya menangis sebak penuh dengan kekaguman sambil berkata, "Oh my gosh...

Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma,

Imej
ALOR SETAR: Lima individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki berusia 31 tahun yang dibelasah hingga koma selepas didakwa mencabul seorang pekerja kedai telekomunikasi di dalam tandas sebuah kompleks beli belah di Alor Setar, pada Ahad. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Rohana Omar ketika dihubungi memaklumkan, kesemua yang ditahan berusia belasan tahun hingga 20an. Mereka ditahan lewat petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi dirakam percakapan. Setakat ini, polis masih mengesan beberapa individu lain bagi melengkapkan kertas siasatan yang dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Kesemua yang ditahan telah direman bagi membantu siasatan. Dalam kejadian 4 petang Ahad, seorang lelaki yang berasal dari Yan didakwa cuba memeluk mangsa yang berusia 21 tahun di dalam tandas dari arah depan sebelum menekup mulut mangsa. Dikatakan, berlaku...

Badan Bertukar Menjadi Hijau Akibat Penyakit Pelik

Imej
Jarang sekali kita mendengar atau melihat penyakit pelik sebegini tanpa mengetahui punca dan penyebab penyakit tersebut telah menyerang seorang lelaki. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai M.Jamil telah menderita sejenis penyakit misteri sehingga menyebabkan tubuhnya menjadi sangat lemah dan seluruh kulitnya bertukar menjadi hijau. Lelaki berusia 42 tahun ini yang berasal dari Aceh dan mempunyai empat anak ini tidak mampu untuk berbuat apa-apa dalam keadaannya yang begitu dan hanya mampu berbaring sahaja. Dia menghidap penyakit terbabit sejak bulan Disember tahun lepas dan sehingga kini M.Jamil sekeluarga tidak mengetahui apa puncanya hingga dia berkeadaan sedemikian rupa. M.Jamil menjadi perhatian selepas gambar-gambarnya dimuatnaik dalam Facebook dan menjadi tular. Disebabkan keadaan berkenaan, penduduk di situ telah melancarkan kutipan duit bagi membantu keluarganya.-Suara.TV

Tak Sangka Biji Kurma Pun Ada Khasiat, Siap Boleh Buat Ubat Lagi Tahu.

Imej
Di bulan Ramadan ini, buah kurma merupakan buah yang wajib ada di setiap rumah baik sewaktu bersahur mahupun berbuka pasti buah tersebut tersedia hidang dia meja makan. Buah kurma tersebut merupakan makanan favorit Rasulullah SAW, buah tersebut sememangnya elok untuk tubuh badan kita. Tetapi tidak terbatas pada bulan Ramadhan saja, anda juga boleh mengamalkannya pada setiap hari sekalipun. Semua mengetahui akan kebaikan buah kurma, buah ini memiliki berbagai khasiat bagi manusia seperti memberi energi segara kepada kita, kaya serat dan potasium , mempertajam ingatan, penawar racun, mengobati penyakit usus maupun sembelit dan berbagai lagi jika kita sering berlatih gizi buah ini. Tapi tahukah Anda bukan isi buah ini saja memiliki khasiat hebat malahan bijinya juga memiliki khasiat yang hebat. Pernah dengar kopi biji kurma? Proses pembuatan kopi biji kurma ini juga mudah untuk dilakukan. Cara Penyediaan Kopi Biji Kurma Cuci biji kurma tersebut dan tiriskan. Ratakan di dal...

Lelaki Warga Asing Maut Ditetak Kerana Cuba Mencabul Remaja Wanita.

Imej
Padah kerana terlalu mengikutkan nafsu, seorang lelaki warga asing maut ditetak rakan sekerja selepas dipercayai cuba mencabul anak saudara suspek di Ladang Menggaris, Benta Wawasan, Kalabakan, dekat Tawau, Jumaat lalu. Mengikut laporan dari Metro, kejadian tersebut berlaku pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa merupakan warganegara Indonesia, Yakobus Bala, yang bekerja sebagai buruh ladang meninggal dunia di Hospital Besar Tawau akibat kecederaan selepas ditetak dengan parang berukuran 30 sentimeter (sm). Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati ketika anak saudara perempun suspek berusia 17 tahun sedang menyiram pokok bunga di ladang berkenaan, dia didatangi mangsa, 38 tahun, dari arah belakang yang menyerkup kepala mangsa mengguna guni dan memeluk perempuan terbabit. “Gadis itu kemudian melawan dan berjaya melepaskan diri dan sempat melihat wajah lelaki itu yang dikenalinya sebagai ‘Bala’ sebelum menjerit meminta pertolongan dar...

Lelaki Bersenjata Pisau Mengamuk, Dua Maut Dan 18 Cedera.

Imej
Sejak kebelakangan ini serangan orang yang mengalami gangguan mental semakin kerap berlaku sehingga ada mengakibatkan kehilangan jiwa serta mencederakan orang awam. Seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Xinhua di Shanghai, China, seorang lelaki bersenjatakan pisau disyaki pesakit mental telah membunuh dua orang dan mencederakan 18 yang lain. Jenayah keganasan jarang berlaku di China berbanding negara lain, namun terdapat peningkatan siri serangan pisau dan kapak sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang lebih mensasarkan kanak-kanak. Seramai 20 orang dibawa ke hospital selepas serangan pada Ahad di wilayah Guizhou manakala dua lagi maut di tempat kejadian. Bagaimanapun, maklumat terperinci mangsa tidak diketahui. Penyerang berusia 30 tahun kini ditahan polis dan kes itu sedang disiasat. Sementara itu, Xinhua memetik bapa suspek sebagai berkata, anaknya mempunyai sejarah penyakit mental. Pada Januari yang lalu juga kejadian seumpama ini berlaku membabit...

Video Detik-Detik Bayi 3 Bulan Maut, Tercampak Keluar Dari Kereta

Imej
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan di KM433.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Kuala Kubu Bharu dekat sini, Ahad. Bayi berkenaan, Aril Rizqin Redza Shahril disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan R.Supramaniam berkata, dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang wanita, S. Nishanty, 27, telah berpusing ke arah bertentangan dan melanggar penghadang jalan. Insiden itu turut menyebabkan kereta jenis Perodua Axia yang dipandu Shahril Salleh, 32, yang berada di belakangnya hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang. “Kemalangan itu menyebabkan isteri Shahril, Rafnah Mongudancgal, 35, dan bayinya Aril Rizqin Redza tercampak keluar dari kereta,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Rafnah, Shahril dan dua lagi anak lelak mereka, Aril Hakimi Ashraf, 11, dan Aril Zakuan Haris, 4, serta pemandu...

Viral Wanita Berkasut Bentuk Seekor Burung Merpati, Memang Unik.

Imej
Fesyen ini kadang-kalanya sukar untuk kita tafsirkan, kadang-kalanya idea yang pelik-pelik dari pereka fesyen pun boleh jadi viral. Seperti yang telah di viralkan semalam, seorang wanita yang dikenali sebagai Kyoto Ohata merupakan seorang pereka kasut yang berasal dari Jepun.  Dia kini menjadi viral disebabkan kasut unik yang direka dan dipakainya iaitu kasut bertumit tinggi yang kelihatan seolah-olah seperti bentuk seekor burung merpati. Disebabkan kasut berkenaan, Kyoto menjadi terkenal hanya dalam masa satu malam. Namun dia mempunyai kisah tersendiri dalam rekaannya itu. Memandangkan Kyoto sering melalui kawasan yang dipenuhi dengan buruk berkenaan, maka dia memutuskan untuk mereka sepasang kasut yang kelihatan seperti seekor burung. Dengan cara itu maka ia akan membolehkan Kyoto melalui kawasan terbabit tanpa menakutkan burung-burung tersebut.

Jangan Samakan Saya Dengan Najib

Imej
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak boleh dibandingkan dengan bekas anak didiknya, Datuk Seri Najib Razak. "Jangan bandingkan saya dengan Najib. Saya membenarkan banyak perkara untuk dilaksanakan walaupun terdapat orang yang mencabar saya dalam parti saya. "Najib memecat orang. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan beliau, akan diusir," kata Dr Mahathir dalam satu temubual bersama Financial Times. Dr Mahathir berkata demikian selepas wartawan Financial Times yang menemubualnya cuba memberitahu bahawa beliau melakukan perkara sama ketika menjadi perdana menteri. Dakwaan itu dinafikan Dr Mahathir. Dr Mahathir yang merupakan pengkritik paling lantang Najib turut memberitahu bahawa beliau tidak mencuri wang negara dan berpuas hati dengan gajinya semasa menjadi perdana menteri. "Saya gembira hidup dengan gaji saya yang mana bagi saya agak besar, lebih daripada cukup untuk keperluan saya," katanya. Matlamat yang ...

FIFPro Mahu FAM Ambil Tindakan Terhadap Ugutan Annuar Musa.

Imej
Tindakan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang memberi amaran kepada mana-mana bekas pemainnya supaya tidak lagi 'bising' di laman media sosial mengenai tunggakan gaji ditempelak Persekutuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPro). Persatuan antarabangsa itu nyata tidak berpuas hati dengan layanan diberikan KAFA yang masih belum menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain importnya, Jonathan McKain, sebaliknya ghairah menandatangani pemain import baharu. Menerusi akaun Twitter rasminya, FIFPro juga dilihat berang selepas Annuar mendesak mana-mana pihak yang tidak pernah menguruskan pasukan bola sepak profesional supaya menutup mulut dan tidak membahaskan isu terbabit. "Ini adalah contoh terbaik oleh sesebuah pasukan melayan pemain mereka yang juga adalah pekerja mereka - seperti sampah yang tidak berharga. "Ini adalah satu skandal," kata FIFPro menerusi akaun Twitter rasminya, hari ini. Nada sama turut dilo...

Penyamun Berang Tetak Anjing Tuan Rumah Selepas Gagal Menyamun.

Imej
Kejadian samun ini bila masuk saja bulan puasa ini makin menjadi-jadi pula, semua orang nak cari duit lebih untuk persediaan menyambut raya teteapi kalau nak cari duit itu biarlah dari sumber yang halal. Menyamun itukan sesuatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang, tapi apa penyamun ini tahu janji dapat duit dahlah. Itulah yang berlaku di Telok Panglima Garang, Selangor  apabila sekumpulan lelaki bermotosikal cuba untuk menyamun sebuah rumah namun gagal apabila mereka dihalang seekor anjing milik rumah berkenaan. Dalam kejadian 25 Mei lalu, seramai enam suspek bermotosikal dilaporkan cuba menyamun sebuah rumah penduduk di Taman Perwira. Bagaimanapun cubaan menyamun itu gagal kerana takut dengan anjing yang ditambat di depan pintu pagar. Berang dengan keadaan itu, salah seorang suspek telah menetak belakang tengkung anjing terbabit sebelum melarikan diri. Menurut laman Facebook  My Kuala Langat, kumpulan terbabit melarikan diri melalui Taman Sij...

Video Lelaki Bakar Motor Cuba Bunuh Diri Di Stesen Minyak

Imej
Yibin, Sichuan- Seorang lelaki telah ditahan dalam satu kejadian cubaan membunuh diri yang boleh membahayakan nyawa orang awam yang berada di sekelilingnya. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di stesen minyak Sinopec di Yibin, Sichuan,  lelaki tersebut dikatakan berhenti di stesen tersebut bagi mengisi minyak namun dengan tiba-tiba selepas habis mengisi minyak dia telah memetik api ke arah tangki minyak motornya bagi tujuan membakar motor tersebut. Selepas membakar motornya dia telah cuba melompat ke dalam api yang sedang marak bagi tujuan membunuh diri tetapi pekerja stesen tersebut berjaya menarik lelaki tersebut jauh dari kawasan kebakaran bagi menyelamatkannya. Dengan tindakan yang pantas pengurus stesen bersama pekerja-pekerja stesen tersebut mengambil alat pemadam api yang ada di stesen minyak serta menarik motor tersebut jauh dari pam minyak telah berjaya memadamkan kebakaran serta mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Hanya dalam tempoh empat minit sahaj...

Guru Dipenjara 34 Tahun Kerana Rogol Pelajar Tingkatan Tiga.

Imej
Guru terima padah, Mahkamah menjatuhkan hukuman Penjara 34 tahun kerana merogol pelajar sekolah berusia 15 tahun. Menurut laporan Harian Metro, GURU lelaki ini dipenjara 34 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol pelajar tingkatan tiga, dua tahun lalu. Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Nurhasliman Ghazali, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan hari ini. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di rumah di Machang pada 7.30 malam, 23 April 2015. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi sama pada 1 pagi, 25 April 2015. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Harian Metro

Kebaikan Dan Kelebihan Solat Terawih Yang Ramai Orang Tak Tahu.

Imej
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan : Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman). Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa. Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap b...