Ibu Ikhlas Maafkan Pemandu Van Cuai
Kuala Lumpur: “Saya
maafkan dia (pemandu van) walaupun terdetik di hati rasa terkilan kerana
kecuaian dia meragut nyawa anak,” kata Jumrah Thamrin, ibu kepada Muhammad
Iqram Danish Abdullah, 6 tahun, yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam van sebelum
disahkan meninggal dunia, Jumaat lalu.
Jumrah, 38 tahun, berkata, anaknya menunggu van di depan rumah
mereka di Bandar Country Homes, Rawang, kira-kira jam 2 petang untuk ke Kelas
Agama dan Fardu Ain (KAFA).
“Kira-kira 5 petang, pemandu van tiba di rumah kami, namun
saya tidak nampak kelibat anak saya.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan anak saya sudah dihantar
ke klinik berhampiran tadikanya selepas pemandu itu menyedari anak saya tidak
sedarkan diri dalam kenderaan itu,” katanya.
Katanya, dia bersama pemandu itu kemudiannya membawa
Muhammad Iqram ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, arwah disahkan meninggal dunia ketika
menerima rawatan kerana diserang strok haba,” katanya.
Katanya, terdapat kekeliruan berhubung masa seperti yang
dilaporkan sebelum ini.
“Muhammad Iqram ada pulang ke rumah dulu untuk menyalin pakaian
sebelum pergi semula ke tadika bagi sesi KAFA,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan