Rupa-rupanya Dendam Lama, SPRM Cekup PDRM
Di sebalik penangkapan anggota PDRM
oleh anggota SPRM semalam banyak menimbulkan spekulasi apabila gambar dua anggota
polis digari oleh individu yang hanya berpakaian awam, tidak berpakaian lengkap
seperti anggota SPRM.
Menurut sumber tehpanas.com, salah seorang daripada anggota
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu ada mempunyai ‘kenangan
silam’ dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Anggota SPRM iaitu Mohd Edzwan Bin Mohd Jadi salah seorang
daripada anggota SPRM yang bertanggungjawab menangkap dua anggota PDRM didakwa
seolah-olah membalas dendam lama terhadap PDRM yang pernah menangkapnya 7 tahun
yang lepas. (lihat gambar laporan polis di bawah)
Mohd Ezwan telah ditangkap oleh pasukan polis bahagian
Narkotik Bukit Aman di salah sebuah pusat hiburan di Klang Lama, Kuala Lumpur
bersama 72 orang yang didapati positif mengandungi dadah apabila saringan awal
air kencing dijalankan ke atas mereka.
Masa tu Mohd Edzwan seorang pelatih kursus dalam SPRM dan
belum lagi menjadi seorang anggota SPRM. Hebat juga, dalam menjalani kursus pun
boleh keluar pergi pub dan hisap dadah ye…
Bukan itu sahaja, Mohd Edzwan juga mempunyai 4 kesalahan
lampau bekenaan dengan lalulintas sekitar Putrajaya dan ibu negara.
Ulasan
Catat Ulasan