Senarai Nama Remaja Berbasikal Yang Maut Dirempuh Kereta.
Berikut senarai remaja yang terbunuh dirempuh kereta ketika
menunggang basikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, awal pagi tadi.
Lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila
dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan
Mahmoodiah, awal pagi Sabtu.
- Muhammad Firdauz Danish M Azahar - 16 tahun
- Mohammad Azrie Danish Zulkefli - 14 tahun
- Haizad Kasrin - 16 tahun
- Muhammad Shahrul Nizam Maruddin -14 tahun
- Fauzan Halmijah -13 tahun
- Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee -14 tahun
- Mohamad Azhar Amir - 16 tahun
- Muhammad Harith Iskandar Abdullah - 14 tahun
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh
berkata lapan remaja yang berumur antara 13 hingga 17 tahun itu maut ditempat
kejadian.
Lapan lagi remaja mengalami kecederaan di mana dua
daripadanya kritikal dan kini sedang dirawat di zon merah Hospital Sultanah
Aminah (HSA).
Sulaiman berkata ketika kejadian itu, kereta yang dipandu
oleh seorang wanita berumur 22 tahun itu tidak dapat mengelak lebih 20 hingga
30 kumpulan remaja berbasikal yang dipercayai memenuhi jalan.
“Apabila tiba di tempat kejadian, sekumpulan remaja 20
hingga 30 orang berada di situ menutupi jalan dan (pemandu) tidak sempat
mengawal kenderaan.
“Jalan tersebut berbukit. Lapan orang remaja terbunuh di
tempat kejadian dan dua masih kritikal di zon merah, dan enam lagi cedera
setakat ini,” katanya.
Menurut beliau, kejadian berlaku pada kira-kira jam 3 pagi
Sabtu semasa kenderaan itu dalam perjalanan dari Pelangi ke Skudai.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di bilik mayat HSA di
Johor Bahru, Johor.
Jelas Sulaiman, pihak polis mendapati basikal yang digunakan
oleh kesemua mangsa telah diubah suai dan tidak mengikuti spesifikasi yang
dibenarkan.
Tegasnya biarpun punca kejadian masih belum dikenal pasti,
beliau meminta agar ibu bapa sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak
masing-masing.
Sulaiman berkata, wanita tersebut kini disiasat dan siasatan
awal mendapati wanita itu tidak mabuk semasa kejadian berlaku. Kes disiasat di
bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ulasan
Catat Ulasan