Pelajar Tingkatan 1 Dibuli Sehingga Kepala Bocor & Perut Dipijak
Seorang pelajar wanita tingkatan 1 cedera di bahagian kepala dipercayai
dibuli oleh pelajar sekolah yang sama SMK Bandar Sri Damansara 2.
Zarey Mikael berkata, anak rakannya itu di buli sehingga
kepala bocor dengan luka 2 inci semalam.
Punca kejadian tidak diketahui, namun mangsa dipercayai telah dipukul dengan menggunakan benda tumpul dibahagian kepala, bukan itu sahaja malah dibahagian perut juga
terdapat luka dipercayai di pijak pelajar perempuan tingkatan 3 bernama Mira sehingga
mangsa tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudian
dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurut Sumber Zarey Mikael pihak guru
sekolah telah pergi berjumpa dengan ibu bapa salah seorang pelajar yang
terlibat.
Bagaimanapun, ibu bapa pelajar terbabit tidak percaya bahawa anak
mereka telah melakukan perkara itu.
Difahamkan bapa mangsa juga telah membuat laporan polis
berhubung kejadian itu.
gambar suspek utama yang dimuat naik oleh bapa mangsa. |
Ulasan
Catat Ulasan