Pak Pong Berunsur Dua Jin Hitam, Jin Putih Dan Perjalanan Lelaki Ke Alam Ghaib

Filem pertama arahan Fauzi Nawawi ini mempunyai keunikan tersendiri. Pertama, ia mempunyai elemen fantasi, pertarungan, legenda, drama dan komedi yang diselang-seli secara sistematik.

Kedua, kameo 24 artis popular tanah air yang mengisi setiap babak penceritaan dengan cara tersendiri tanpa mencacatkan jalan cerita.

Ketiga, elemen kesan khas imej janaan komputer (CGI) boleh dianggap terbaik setakat ini.

Walaupun akan ada penonton mempertikaikan gaya filem Pak Pong persis filem Magika kerana gabungan semua elemen termasuk penampilan istimewa barisan pelakon tempatan, ia masih mempunyai sifat tersendiri.

Di segi lakonan, ia filem pertama Hairul Azreen memegang watak utama sebagai Muda dan ternyata pilihan pengarah tidak mengecewakan.

Hairul berjaya menampilkan sisi berbeza dalam lakonannya termasuklah berkomedi dengan Badrul yang membawa watak Kadek, abang Muda.


Paling menarik pastinya pada babak komedi yang diselit secara bersahaja dalam drama Muda dan Kadek mencari kitab Pak Pong.

Antaranya, tatkala Muda dan Kadek bertemu dengan Puteri Bidadari (Amber Chia), Hantu Kopek, Hantu Cina (Acong Sweetchild) dan Sang Kelembai (Jasmin Hamid).

Ia bersambung pula tatkala mereka bertemu dengan Tok Bintara (Saiful Apek), bomoh buta dan bisu yang memberi Kitab Pak Pong untuk kegunaan mereka.

Kewujudan dua jin, Hitam (Joey) dan Putih (Awon Ceplos) menambah lagi perisa gelak ketawa kalangan penonton.

Babak paling menarik adalah perbualan antara Raja Bunian (Datuk Eizlan Yusof) dan Penasihat Guru (Kaza) yang bersahaja. Malah, Rahim Sepahtu (Guru Pendekar Bongor) turut mencuri tumpuan.

Elemen ringkas dan komedi itu sebenarnya memadamkan kekurangan yang wujud dalam filem.

Tidak dinafikan, akan ada yang memandang filem ini terlalu bercita-cita tinggi cuba menjadi setaraf filem animasi hebat Hollywood, tapi percayalah, jika anda buang jauh sikap prejudis terhadap filem ini, anda pasti akan terhibur!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.