Ketika Datang Dengar Wasiat, Barulah Tahu Saya Bukan Isteri Pertama
Assalamualaikum buat anak-anak pembaca budiman semua.
Saya berusia 55 tahun jadinya saya tak pandai nak berkias
ayat. Tapi saya nak berkongsi dengan pembaca kisah madu saya yang saya doakan agar
dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yang dilaluinya selama ini. Amin..
Moga sama-sama kita ambil iktibar ya.
Pada tahun 1988 saya bernikah dengan seorang lelaki yang sama
profesion dengan saya sebagai seorang pegawai perubatan. Pada ketika itu saya
tidak mengetahui latar belakang lanjut tentang suami saya cuma yang saya tahu, dia
seorang lelaki bujang dan keluarganya datang melamar saya.
Kehidupan kami serba serbi sempurna, saya dan dia bekerja di
hospital berbeza tapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yang sama.
Cerita tentang pesakit kami di hospital masing-masing.
Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yang saya nampak pelik pada dia. Hari-hari dia ada dengan saya. Ada masa bersama keluarga apabila waktu cuti sekolah.
Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yang saya nampak pelik pada dia. Hari-hari dia ada dengan saya. Ada masa bersama keluarga apabila waktu cuti sekolah.
Hinggalah saya ditukarkan ke PPUM, saya agak berjauhan
dengan suami yang bekerja di utara semenanjung.
Tapi masih tiada perubahan yang saya nampak pada dia. Namun
suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (Bukan nama
sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul-betul dua
pelajar ini seperti anak kandung sendiri.
Saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional
dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri tanpa
membezakan mereka. Anak-anak saya juga merupakan pelajar perubatan maka
haruslah saya mengajar pelajar lain sama seperti saya mengajar anak saya.
Hinggalah satu hari, suami jatuh sakit dan terlantar lama di
hospital. Dia sering kali menyebut, tengok-tengokkan Aisy dan Asyraff, ajar
mereka sampai jadi doktor yang berguna.
Saya masih sama dan tidak merasa pelik kerana suami saya memang
seorang yang prihatin. Saya iyakan sahaja apa yang dikatakan. Hinggalah ketika
suami semakin tenat dan dia berhajat berjumpa dengan kedua pelajar perubatan
tadi.
Ketika sesi pertemuan, saya hanya melihat mereka berdua.
Bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami saya berkata, “Jaga ibu dan
sampaikan maaf saya pada ibu.”
Saya mulanya agak pelik tapi masih positif kerana
beranggapan mungkin dia sayang dua pelajar ini. Petang itu juga selepas solat
asar, suami saya menghembuskan nafas yang terakhir. Saya redha dengan
pemergiannya namun ada sesuatu yang lebih menarik perhatian saya.
Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami saya bersama seorang wanita tua dalam linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak datang dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.
Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami saya bersama seorang wanita tua dalam linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak datang dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.
Saya cuba untuk menuju ke arah mereka untuk bertanya namun
mereka sudah berlalu dan majlis pengebumian belum selesai doanya lagi.
Selang beberapa hari, saya dan anak-anak dipanggil ke
pejabat peguam untuk mendengarkan wasiat arwah suami. Saya dan 2 orang anak sudah
hadir untuk mendengarkan wasiat tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu
lagi pemegang wasiat lain.
Sekali lagi saya diam dan hanya menunggu sehinggalah datang
dua orang anak muda bersama seorang wanita yang saya kenal amat. Aisy dan
Asyraff bersama wanita tua yang saya nampak di kubur hari itu.
Ketika itu, hati saya berbolak balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut-sebut oleh arwah. Kini ketika mendengarkan wasiat juga mereka ada bersama.
Ketika itu, hati saya berbolak balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut-sebut oleh arwah. Kini ketika mendengarkan wasiat juga mereka ada bersama.
2 orang anak saya, Amira dan Adhlina juga bagaikan senang
dengan kehadiran Aisy dan Asyraff kerana mereka sekawan di PPUM.
Peguam mulakan pembacaan wasiat dan alangkah terkejutnya
saya apabila perkataan pertama yang keluar dari mulut peguam ialah, “Pemegang
wasiat pertama ialah isteri pertama iaitu Puan Hasidah..”
Allah… Berderau jantung saya. Kenapa nama itu bukan nama
saya. Terus saya menoleh ke arah perempuan buta yang disorong kerusinya oleh
Aisy dan Asyraff. Saya cuba untuk bertenang dan mendengarkan dahulu segala apa
amanat suami saya yang ditinggalkan. Saya tak boleh terburu-buru.
Suami saya hanya meninggalkan sejumlah wang untuk Puan
Hasidah dan juga sebuah pondok di kawasan yang saya sendiri tak pernah tahu.
Selebihnya, rumah yang kami duduki, kereta, aset lain semuanya untuk saya dan
anak-anak.
Selesai pembacaan wasiat, saya menurunkan tandatangan
sebagai tanda penerimaan. Begitu juga Puan Hasidah yang menggunakan cop jari.
Selesai semuanya, saya mendekati Aisy dan Asyraff bersama
ibunya. Cuba untuk bertanya macammana boleh semua ini terjadi.
Lama kami duduk berbual hinggakan basah kuyup baju saya
kerana air mata yang melimpah keluar mendengarkan kisah madu saya.
Kisahnya, pada tahun sama perkahwinan saya dan suami, arwah
suami saya sudah pun terlebih dahulu bernikah dengan Puan Hasidah. Jarak lebih
kurang 6 bulan beza perkahwinan kami. Ketika suami menikahi saya, dia sedang
hamil 4 bulan dan anak dalam kandungannya kembar iaitu Aisy dan Asyraff.
Perkahwinan Puan Hasidah tidak diterima ibu mertua saya
kerana Puan Hasidah seorang gadis yatim piatu dan tidak bersaudara. Makanya ibu
mentua saya menghinanya sebagai perempuan tidak sah taraf. Ibu mentua saya yang
juga ibu kepada arwah suami turut mengancam Puan Hasidah untuk tidak mengganggu
keluarga baru anaknya jika mahu berteduh di pondok tersebut. Makanya Puan
Hasidah merelakan kata-kata ibu mertuanya dan sama sekali tidak mengganggu
kami. Kerana itu saya tidak mengetahui apa-apa selama lebih 30 tahun.
Saya bertanya kenapa dan macam mana Puan Hasidah boleh
menjadi buta. Dan jawapannya tersangat merundum hati saya. Ketika ibu mertua
saya hilang penglihatan kerana terjatuh dari tangga rumahnya, saya dan suami
puas mencari penderma mata hinggalah suami mengatakan dia telah berjumpa dgn
seorang penderma iaitu seorang perempuan. Ketika itu saya bersyukur kerana ada
yang sudi menderma kerana saya tidak mengetahui apa-apa. Rupanya penderma
tersebut ialah Puan Hasidah yang juga menantu paling dibenci dihina oleh ibu
mentua sendiri !!
Ketika mendengarkan kisah itu, saya terbakar dan mendidih hati serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi-jadi. Mujur orang tua itu sudah 3 tahun meninggalkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia melutut maaf di hadapan Puan Hasidah.
Ketika mendengarkan kisah itu, saya terbakar dan mendidih hati serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi-jadi. Mujur orang tua itu sudah 3 tahun meninggalkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia melutut maaf di hadapan Puan Hasidah.
Namun Puan Hasidah tenang dan menjawab, “Saya tiada ibu,
puan. Saya lakukan semua ini demi mendapatkan rahmat seorang ibu.”
Allah.. Berderai lagi air mata saya. Sambung Puan Hasidah,
“Saya anggap semua ini takdir hidup saya. Saya tidak
mengeluh bahkan saya bersyukur. Saya mempunyai suami walaupun hanya 3 bulan.
Paling tidak saya terlepas dari fitnah manusia. Saya dikurniakan anak lelaki.
Bukan seorang tapi dua. Yang boleh jagakan saya. Saya tiada saudara mara, puan.
Ini sahaja harta saya. Dan saya sama sekali tidak mengharapkan harta dari arwah
suami. Cukuplah dikekalkan pondok kami sebagai tempat berteduh.”
Saya rasakan bagai tersepuk ke lantai mendengarkan
kata-katanya. Bagaimana seorang isteri mampu hidup sendirian begitu tanpa
suami. Saya pandang wajah Aisy dan Asyraff, tertanya juga saya sama ada mereka
tahu atau tidak Doktor Ahmad (bukan nama sebenar) adalah ayah mereka.
Jawapan mereka, “Ya.. Kami kenal ayah kami. Tapi kami tak
boleh panggil ‘ayah’ kerana arwah nenek akan hukum ibu kalau tahu panggil
‘ayah’.”
Sekali lagi saya terdiam. Ya Allah, kenapa kejam sangat
orang tua ni masa hidupnya?!
Saya bertanya lagi samada mereka berdendam atau tidak dengan
arwah nenek dan arwah ayahnya, jawab mereka,
“Ibu tak pernah didik kami membenci. Kerana disetiap
perbuatan arwah nenek dan arwah ayah, ada sedikit kebaikan mereka yang harus
dilihat.”
Saya? Bermandi air mata melihat mereka. Berjayanya Puan
Hasidah mendidik anaknya untuk tidak membenci selepas semua perkara ini terjadi.
Tenang sangat saya lihat wajah Puan Hasidah. Seolah-olah dia
tidak mempunyai masalah sekalipun dia kini buta.
Memadailah pembaca tahu, saya jatuh cinta dengan sikap madu
saya yang teramat mulia hatinya. Saya selalu fikir, bermadu ini seperti anjing
dan kucing. Bercakaran dan berlawan. Tapi alhamdulillah syukur Ya Allah.. Madu
saya teramat baik dan saya doakan syurga teragung untuk dia dan anak-anak
kerana keikhlasan hatinya.
Hingga ke saat ini, Puan Hasidah enggan untuk memijak rumah
agam kami kerana katanya, ibu mentuanya dulu pernah mengharamkan kakinya
menjejak ke rumah suami. Andai dia melakukannya, ibu mentua akan menidakkan dia
sebagai anak.
Andai saya ditempatnya, mungkin saya akan bantah sekerasnya
perilaku ibu mertua. Tapi tidak pada Puan Hasidah. Dia mengagungkan dan
memuliakan ibu mertua sama seperti ibu kandungnya sendiri. Kerana itu, dia
hanya menurut.
Pada pembaca budiman, saya harap kita sama-sama ambil
iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yang kita lupa.
Sebagaimana saya sedang belajar untuk ikhlas seperti madu saya, anak-anak
pembaca budiman juga belajarlah untuk ikhlas. Inshaa Allah, syurga untuk kita
semua. Amin - aliffchannel.com
Ulasan
Catat Ulasan