Tolong Henti Sebar Berita Palsu - Ibu Mangsa
Seorang kanak-kanak mengalami bibir terkoyak dengan 50
jahitan dipercayai terkena tombol pintu ketika berlari-lari dalam dewan.
Dalam kejadian yang berlaku di sekolah agama Taman Kajang
Raya ini beberapa hari lepas dimaklumkan bahawa kanak-kanak berkenaan sedang
bermain lari-lari dalam dewan.
Sebelum kes tersebut murid ini dipercayai berlaku di sebuah
sekolah rendah di Duyong Melaka di sini seperti yang viral di media sosial,
terutama menerusi aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Namun ibu mangsa Ila Zamila menjelaskan bahawa kejadian
sebenar bukan berlaku di Melaka dan bukan berlaku pada hari ini seperti mana
yang di viralkan.
"Saya harap yang
membuat kenyataan di sekolah Melaka tersebut sila hentikan menyebarkan berita
palsu"katanya.
Pengarahnya Abu Bakar Sahari ketika dihubungi pemberita
telah mengesahkan perkara itu melalui guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong
dan SK Seri Duyong tiada kes itu di sekolah berkenaan.
Ulasan
Catat Ulasan