Polis Kongsi Bagaimana Mangsa Kerat 10 Dibunuh Dengan Kejam
Polis
telah mengenal pasti identiti Mangsa pembunuhan kejam, yang badannya dikerat
kepada beberapa bahagian di Kampung Kesang Laut di sini Ahad lepas, merupakan
seorang lelaki berusia 49 tahun.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt. Mohad Idris Samsuri berkata
mangsa adalah Omar Miskam, yang berasal dari Panchor, Muar, sudah beristeri dan
bekerja sebagai pemandu jengkaut di sekitar Kesang Laut.
“Mangsa yang sudah beristeri, bekerja sebagai seorang
pemandu jengkaut di sekitar daerah ini dan mangsa dipercayai telah ditetak
terlebih dahulu di kepala menggunakan parang sebelum mayatnya dikerat.
“Bedah siasat juga mendapati mangsa dikerat lebih sepuluh
bahagian termasuk kepala, kedua-dua kaki dan tangan, abdomen dan beberapa
anggota badan lain,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Beliau berkata polis turut menahan dua lagi suspek iaitu
seorang wanita berusia 56 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun,
dengan mereka direman selama seminggu sehingga 13 November ini bagi membantu
siasatan.
Ahad lepas, polis menemukan lima bungkusan plastik hitam
berisi keratan anggota badan manusia yang disorok dalam longkang di Kampung
Kesang Laut, dengan bahagian kepalanya ditemui tidak jauh daripada lokasi itu.
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan polis kira-kira
sejam selepas penemuan itu.
Ulasan
Catat Ulasan