Saya Pelik Dengan Sikap Mertua Tak Bagi Kunci Pintu Bilik Ketika Bersama Suami.

Gambar Hiasan Salam semua, untuk pengetahuan semua saya pinjam facebook kawan saya bagi mendapatkan pendapat anda semua. Saya dekat sini memang tak nak cerita berkenaan rampas merampas tapi saya cuma nak minta pendapat mengenai mak mertua saya. Saya dah berkahwin selama beberapa tahun dengan suami dan selepas berkahwin kami tinggal serumah dengan mak mertua. Mula-mula itu memanglah tak ada apa-apa masalah tapi bila dah masuk bulan ketiga serta keempat mak mertua dah mula cakap macam-macam. Sedangkan dekat rumah itu saya dah macam bibik tapi saya redha saja sebab memang nak meringankan beban suami dan mak mertua. Jadi saya rasa ok saja cuma yang jadi tak ok bila mak mertua mula nak cakap macam-macam berkenaan kerja saya. Dia tak akan makan masakan saya dan sanggup goreng telur sebiji makan nasi dengan telur semata-mata tak nak sentuh lauk yang saya masak. Padahal saya memang sentiasa tanya nak makan apa dan macam mana cara masakan dia supaya dia berselera n...