Tak Nak Geletek Anak Lagi Dah Lepas Ini.
Jangan geletek
anak, itulah amaran yang diberikan oleh orang tua-tua dulu, sebenarnya banyak artikel yang mengingatkan kita untuk tidak menggeletek anak dan mencucuk
pinggang kawan. kenapa?
Alasannya menggeletek kanak-kanak boleh jadi berbahaya sebab
mereka tidak boleh menyuruh anda untuk berhenti, jantung mereka akan berdengup
lebih kuat dan pernafasan boleh berubah hingga mengakibatkan mereka terkena
serangan jantung.
Seperti yang pernah perlaku kepada seorang budak malang bernama
Alya, dimana ibunya menggeleteknya di bahagian pinggang dengan niat bergurau dan
bermanja.
Namun siapa sangka gurauan itu berubah menjadi mimpi ngeri apabila
Alya yang tergolek-golek tiba-tiba kejang dan suara tersekat-sekat.
Ketika itu ibunya hanya mampu menjerit meminta tolong dengan suaminya, namun anak mereka bernasib baik masih selamatkan selepas dikejarkan ke hospital dan dapat rawatan pakar.
Mengulas tentang cucuk pinggang kawan, boleh buat terkesan
pada mental mereka, selalunya dalam masyarakat melayu ramai orang suka cucuk
pinggang kawan atas sekadar bergurau buat kawan itu melatah.
Dari segi Pisiologi pekara ini di terangkan dengan
Responsive Saraf-Nervous System, dan kesannya bila kita kena cucuk pinggang
sangat berbahaya, signal yang dihantar ke otak bila kena cucuk adalah response
kawan anda untuk mempertahankan diri yang menyebabkan mangsa panik akibat kejutan.
Kejutan inilah yang membuat jantung terkejut dan degupan akan
menjadi cepat secara tiba-tiba, bila situasi ini dibuat berulang kali, kemungkinan besar mangsa akan terkena serangan jantug.-Eberita.org
Ulasan
Catat Ulasan