Pencari Petai Jumpa Tapak Kaki Gergasi Didakwa Milik Hang Tuah
JEMPOL — Sembilan orang anak muda menemui kesan tapak kaki
gergasi di atas sebuah batu besar di puncak Bukit Ulu Bayai
kelmarin.tapak-kaki-didakwa-milik-hang-tuah
Kesan tapak itu, bersaiz 0.8 meter panjang dan 0.67 meter
lebar, terletak di atas batu ketika mereka sedang mencari petai dan akar kayu,
lapor Harian Metro.
Mohd Yazid Zakaria, jurucakap kumpulan itu dari Ulu Bayai
Lama dan Ulu Bayai Baru, berkata mereka melihat tapak kaki besar itu selepas
dua jam meredah perjalanan.
“Sebelum ini, kami pernah mendengar cerita orang kampung
mengenai adanya tapak kaki besar di puncak Bukit Ulu Bayai. Apabila kami
sendiri melihatnya, barulah kami sedar ia bukan mitos.
“Kesan tapak kaki kiri itu nampak ketara atas batu yang
dipercayai hidup,” katanya.
Laporan itu juga menunjukkan foto kesan tapak tersebut.
“Saya dan rakan mengukur saiz tapak kaki itu dan berharap
ada pihak pengkaji sejarah datang ke sini untuk membuat kajian.
“Pengkaji sejarah perlu datang membuat kajian kerana
terdapat pelbagai persepsi terutamanya penduduk lama kampung ini.”
Menurut cerita penduduk, tapak kaki itu dikaitkan dengan
Hang Tuah atau Malim Dewa.
Ulasan
Catat Ulasan