Lelaki Itu Paksa Saya Hantar Gambar Bogel Ibu Dan Adik-Beradik Yang Lain.
KUANTAN: Seorang gadis telah menghantar gambar bogelnya
kepada seorang lelaki yang dikenali menerusi permainan dalam talian.
Untuk tempoh beberapa tahun, gadis itu akhirnya terpaksa
patuh dengan kehendak lelaki berkenaan walaupun diminta merakamkan video ibu
dan saudara perempuannya dalam keadaan bogel secara senyap.
Xiaoyu (bukan nama sebenar) berusia 12 tahun ketika dia
bertemu dengan lelaki itu, yang hanya dikenali sebagai Ho.
Mereka mula berkenalan menerusi permainan dalam talian pada
Jun 2012 dan kemudiannya mula berbual melalui laman Instant Messenger.
Beberapa bulan kemudian, Ho mula meminta gambar termasuk
gambar-gambar gadis itu dalam keadaan bogel.
Kehendak lelaki itu dituruti.
"Selepas itu dia meminta menghantar lebih banyak gambar
bogel saya...jika tidak dia akan sebarkan," kata Xiaoyu yang kini berusia
16 tahun kepada pemberita.
Dia juga mendakwa Ho datang ke Kuantan pada November 2014
dan membawanya ke sebuah hotel.
Ho juga kerap datang menemuinya untuk melakukan seks dengan
mengugutnya menggunakan gambar.
Kali terakhir dia melakukan hubungan seks dengan Ho adalah
pada 18 dan 19 Jun lalu.
Tidak lama selepas itu, Ho menyuruhnya meletakkan telefon di
dalam bilik mandi di rumahnya untuk merakamkan aksi ibu dan dua adik beradiknya
mandi.
"Saya terpaksa menghantar video kepadanya atau dia akan
memuat naik gambar bogel saya di Internet," katanya.
Ho kemudian mula untuk memeras ugut kakak sulung Xiaoyu
melalui media sosial.
Xiaoyu akhirnya memberitahu keluarganya mengenai
perbuatannya selama ini.
Xiaoyu berkata Ho memuat naik lapan gambar bogelnya menerusi
blog.
"Saya berhadapan banyak tekanan dan kadang-kadang saya
tidak boleh tidur sepanjang malam. Saya juga pernah terfikir untuk membunuh
diri," katanya.
Pembantu khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Wee Ka Siong, Quek Tai Seong, telah membawa Xiaoyu untuk membuat laporan polis.
Quek berkata Pemuda MCA akan memberi bantuan guaman dan
mengatur sesi kaunseling untuk Xiaoyu.-mstar
Ulasan
Catat Ulasan