Khalifah Islam Pasti Akan Kembali Dan Islam Akan Menang Kembali

Semasa pilihanraya di Sungai Besar, berkesempatan minum sambil bersua bersama Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Lajnah Al-Quds Malaysia, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dan langsung berbual tentang dunia Islam.

Turut hadir bersama waktu tersebut Ustaz Abdul Mu’izz Muhammad yang merupakan tenaga penggerak Akademi Al-Ghazali dan beberapa pimpinan pemuda dan pemimpin pemuda kawasan yang ada selepas pelancaran Kelab Anak Jati Sungai Besar.

Dalam perbualan tersebut, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ada menyebut Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia telah dihadiahkan sebuah buku oleh seorang ulamak dari negara Yaman yang menjadi pensyarah di University Iman, Sana’a, Yaman, iaitu Syeikh Muhammad Sadiq, ulamak Yaman yang datang sewaktu Ijtimak Alami di Rusila dan memberi kuliah Tazkiyatun Nafsi pada waktu Subuh sewaktu berlangsung Ijtimal Alami di Rusila pada tahun lepas.

Menariknya, ketika itu berbincang tentang isu politik Islam luar negara dan Malaysia serta meninjau pandangan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang banyak diakui benar oleh ulamak Yaman dan luar negara. Dan Syeikh Muhammad Sadiq membenarkannya sambil menghadiahkan kitab tulisannya, Khalifah yang akan muncul kembali, ( الخلافة القادمة).

Malam tadi berpeluang menyelidik “preview” buku ini daripada website syeikh tentang kajian beliau dari nas dan dalil beserta rahsia-rahsia di sebalik nombor yang diisyaratkan dari huruf-huruf berdasarkan sirah yang berlaku. Hujah yang dipaparkan agak menarik.

Bagaimana dimulakan tentang kepercayaan perkara ghaib. Antara masa hadapan, yang mana Allah gambarkan secara umum dalam Quran dan secara tafsil melalui hadis hadis yang cerita masa depan dan masa fitan.

Antara hadis yang dibincang tentang khabar jenis-jenis kerajaan yang akan muncul selepas zaman Nabi daripada riwayat Imam Ahmad. Tentang kerajaan atas Manhaj Nubuwwah, kerajaan monarki, kerajaan Muluk Jabbariy dan kembali kepada Manhaj Nubuwwah. Turut diselit hadis fitnah akhir zaman, fitnah Al-Ahlaas, As-Sarra dan Duhaima.

Menurut perkiraan dan khabar hadis dan isyarat Quran, zaman kita adalah zaman Muluk Jabbariy. Dan fitnah Al-Ahlas, As-Sarra dan Duhaima sedang berlaku.

Fitnah Al-Ahlas ialah ada keturunan Nabi yang mengaku Nabi tetapi bukan dari jalan Nabi. Syeikh menyebut fitnah ini ditandai dengan munculnya revolusi Iran pimpinan Imam Mousavi Khomeini.

Selepas fitnah Ahlas ini, muncul fitnah As-Sarra, iaitu fitnah perang dan pelarian. Selepas munculnya Revolusi Iran Pimpinan Khomeini, Timur Tengah dan Arab mula jadi tumpuan perang dunia.

Perang Teluk berlaku, Saddam Hussein menceroboh Kuwait dan perang Iran-Iraq. Sehingga hari ini, dunia Arab tidak sunyi dari As-Sarra. Ia bermula pada 1400 hijrah.

Selepas fitnah As-Sarra ini, dunia Islam mula dilanda fitna Dhuhaima, yang diterjemah sebagai fitnah demokrasi. Buktinya, cubaan Huntington dan Fukuyama mengesyorkan demokrasi yakni kuasa rakyat dijadikan seluruh sistem dunia.

Seluruh dunia akan dilitupi fitnah Duhaima Demokrasi. Contoh dekat pencerobohan Iraq dan Afghanistan, Libya atas nama mewujudkan demokrasi atau kuasa rakyat.

Yang peliknya, Israel kekal aman, tetapi dunia Islam fitnah tidak sudah atas nama hak kuasa rakyat yang dimanipulasi. Maka, selepas fitnah ini, baru wujud zaman Khilafah atas Manhaj Nubwwah.

Bila dibelek kajian ini, dan pemahaman geopolitik Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ia seakan-akan ada keselarian dengan apa yang berlaku hari ini. Apatah lagi jika ditinjau dari sudut sejarah pemikiran, tamadun dan pertembungan haq dan bathil.

Teruja membaca ulasan ini, sehingga malam tadi tidak dapat lelapkan mata. Teruja, bila yang bincang selama ini bersama sahabat-sahabat sekian lama, gambaran tasawwur dunia dan perjalanan dunia dari Tasawwur Islami. Integrasi dalil fitan dan perjalanan sejarah dunia dan islam, Oleh : Ahmad Hakimi Othman-http://ulamasedunia.org

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.