(Wajib Tahu) Mengapa Perlu Membaca Al-Quran, Walaupun Tidak Memahaminya?
Jangan tak tahu..ada juga mereka yang jarang menyelitkan
aktiviti membaca Al-Quran dalam diari harian dengan pelbagai alasan, alasan tak
faham maksud ini pun memang begitu femes
la kan, oleh itu jom kita baca sesama semoga dapat menjadi pengajaran dan menjadi
iktibar pada kita.
Ini adalah satu kisah yang sangat menarik, semoga dengan
cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran, kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis
dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa kita membaca
Al-Quran sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di
sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja
makan dan membaca Al-Quran, cucunya juga ingin menjadi seperti Atuk dan meniru
seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca
Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali
pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita
membaca Al-Quran?’
Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur
pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘
Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua
air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.
Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan
lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama
dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.
Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi
guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu
Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk
mengambil baldi.
Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya
mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu
melihat cucunya mencuba lagi.
Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak
mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak
menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia
boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke
rumah.
Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari
secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni
tersebut sekali lagi kosong.
Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda
fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali
pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar
daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan
dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca
#Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila
anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah
kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’~ Bloger Network
Ulasan
Catat Ulasan