Cucu Penggal Kepala Nenek Gila Selepas Tengok Kuda Kepang.
Dia memang ada masalah mental yang diperakui pihak
hospital,” dakwa Bogiman Kario, besan kepada mangsa yang dipenggal kepalanya
semalam.
Bogiman, 71, mendakwa cucunya mula mempunyai masalah mental
(gila isim) selepas melihat persembahan kuda kepang di FELDA Ulu Belitong di
sini, tahun lalu.
“Selepas itu cucu saya ada beberapa kali menjalani rawatan
sebelum disahkan Hospital Permai, Tampoi yang dia mengalami masalah mental.
“Dia ada mengambil ubat daripada hospital dan hampir tujuh
bulan sudah sihat (tiada gangguan mental), tetapi saya mula sedar dia mula
tersenyum keseorangan selepas menyaksikan persembahan kuda kepang pada majlis
perkahwinan di hadapan rumahnya, Jumaat lalu,” katanya ketika ditemui di
kediamannya di sini, hari ini.
Semalam, Maimon Abdul Samad, 76, ditemui mati dalam keadaan
ngeri dengan kepala dipenggal dipercayai oleh cucunya sendiri yang menghidap
penyakit mental di kediamannya di FELDA Penggeli Timur, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, suspek berusia
19 tahun turut mengerat kedua-dua kaki dan tangan kanan mangsa.
Bogiman berkata, sebelum ini cucunya pernah mencederakan
diri menggunakan pemutar skru ketika mengalami gangguan mental.
“Dia pernah tiba-tiba mencucuk tangannya sendiri menggunakan
pemutar skru, tetapi itu kali terakhir dia berbuat demikian sebelum pulih
hampir tujuh bulan selepas mengambil ubat,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan