10 Tanda-Tanda Lelaki Atau Perempuan Yang Menghidap Hiperseks.
Hiperseks adalah obsesi yang berlebihan terhadap seks yang
mendatangkan banyak keburukan kepada sipenderita juga bagi orang lain.
Punca pesakit bertindak agresif terhadap orang awam, kerana
tiada pasangan untuk melakuan hubungan intim sehingga pesakit melakukan kes
jenayah seperti rogol, mencuri pakaian dalam, dan mengintai orang mandi, bahkan
ada yang sanggup merogol binatang.
Sangat jarang bagi pesakit hiperseks untuk datang memeriksa
kesihatan dan berjumpa doktor,biasanya mereka akan berubat sekiranya mendapat
dorongan dari pasangan atau keluarga.
Menurut mayo klinik, hiperseks di sebut juga gangguan
seksual atau perilaku seks kompulsif di mana pesakit tidak kira lelaki atau
perempuan akan memiliki obsesi berlebih dan imaginasi dan perasaan terhadap
seks melampau hingga mengganggu kehidupan dan kesihatan.
Berikut adalah 10 tanda tanda seseorang mengalami hiperseks.
Berlaku curang atau memiliki seseorang yang melayani
nafsunya di luar nikah.
Seks yang tidak dapat dikendalikan kERAna terlalu obsesi.
Gemar melakukan onani atau masturbasi berlebihan.
Menganggap pasangan sebagai objek seks (pelampiasan nafsu)
Suka berganti pasangan
Melakukan gaya seks yang tidak normal dan ganas
Melakukan aktiviti seks yang berisiko tanpa peduli orang
lain(merogol kanak-kanak)
Gemar membuka laman web porno
Menjadikan seks sebagai pelepas terhadap masalah yang di
hadapi seperti kesepian.
melakukan seks hingga mengganggu kehidupan kesihatan dan
pekerjaan.
Jika anda memiliki 3 paling sedikit antara 10 tanda
penderita hiperseks yang di sebut, mohon buat pemeriksaan diri ke doktor pakar.
Ingat penyakit hiperseks adalah penyakit yang datang secara
perlahan dan sukar untuk di sembuhkan apabila sudah terlalu parah.
Beberapa pakar mengatakan hiperseks juga disebabkan oleh
trauma seksual masa lalu seperti pernah mengalami pelecehan seksual atau hidup
dalam keluarga yang memiliki masalah dengan seks.
Manakala pasangan suami isteri yang sama-sama memiliki
ghairah seks tinggi tentu memiliki daya bercinta yang tinggi, tapi jika hanya
satu yang mengalami hiperseks maka pihak lagi satu tentu akan menderita, inilah
salah satu punca kes perceraian terjadi akibat tidak sanggup melayani nafsu
pasangannya.
Ulasan
Catat Ulasan