Ibu Bunuh Diri Selepas Bunuh Dua Anak Kandung
KOTA SAMARAHAN: Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan
empat tahun dipercayai dibunuh oleh ibu mereka di Kampung Baru di sini malam
tadi.
Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata
ibu berkenaan yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam tandas
di rumah tersebut.
Beliau berkata pihak polis menerima panggilan daripada orang
awam memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak tersebut dalam keadaan
mencurigakan kira-kira 7.55 malam.
"Polis menjumpai dua kanak-kanak tersebut di bilik
tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang
berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal.
"Dia dibawa ke Hospital Jantung, Kota Samarahan sebelum
disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi pagi ini.
Lee berkata di dalam bilik tidur itu turut ditemukan sejenis
cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata setakat ini kes tersebut disiasat sebagai
mati mengejut. Astro AWANI
Ulasan
Catat Ulasan