Aku Tertipu, Rupa-Rupanya Suamiku Seorang Wanita!
BOYOLALI - INDONESIA . Macam-macam!, seorang wanita dari
Boyolali, Jawa Tengah, tidak menyangka bahawa 'suami' yang dikahwininya sejak
beberapa bulan lalu sebenarnya wanita.
Memetik laporan portal Jakarta Post, melaporkan bahawa
wanita itu yang dikenali sebagai Heniyati, 25, hanya mengetahui identiti
sebenar suaminya Efendi Saputra, 40, (Suwarti) selepas tiga bulan menjalani
kehidupan sebagai pasangan suami isteri
"Dia (Efendi) memalsukan semua dokumen untuk
perkahwinan itu. Dia merubah nama dan jantina dia daripada wanita kepada
lelaki. Keluarga saya dan saya telah ditipu. Kami berasa malu," kata ahli
keluarga terdekat Heniyati.
Pasangan itu bertemu pada akhir 2015, sepanjang pertemuan
itu Efendi mendakwa bahawa dirinya merupakan seorang anggota polis, Heniyati
mempercayainya kerana rupa Efendi iras seperti lelaki dengan potongan rambut
pendek persis perwatakan seorang anggota polis, selepas bercinta selama enam
bulan, mereka bersetuju untuk berkahwin.
Namun, selepas mereka berkahwin, Heniyati mula merasa curiga
terhadap Efendi kerana enggan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan
menjalinkan hubungan intim dengannya, keraguan itu menyebabkan Heniyati mula
mendapatkan maklumat mengenai suaminya itu, sehinggalah satu hari Heniyati
mengeledah dompet Efendi dan mendapati di kad pengenalan Efendi tertera nama
seorang wanita iaitu bernama Suwarti.
Heniyati dan keluarganya kemudian melaporkan kes itu kepada
pihak polis.
Ketua Polis Boyolali,
Adj Sr Cmr Agung Suyono mengesahkan laporan itu dan mengatakan bahawa Efendi, sudah berada dalam tahanan
polis untuk tujuan siasatan.
"Siasatan awal mendapati Suwarti memalsukan semua dokumen
peribadinya untuk urusan lesen perkahwinannya.
"Kami masih menyoal beliau untuk mengetahui motif untuk
kelakuan itu," katanya sambil menambah bahawa Suwarti akan didakwa atas
kesalahan penipuan dan pemalsuan dokumen. -Sinar Harian
Ulasan
Catat Ulasan