Padah!!! Suami Curang Dengan Rakan Baik Isteri, ”Isteri Kerat Anu Suami”.
Seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya sendiri
kerana lelaki itu curang dengan kawan baiknya sendiri.
Wanita yang menjual ayam goreng bersama suaminya di bandar
Pattaya pada mulanya mendengar khabar angin mengenai suaminya yang dikenali
sebagai Somchai yang curang dengannya.
Namun kemarahannya membuak-buak apabila khabar angin itu
adalah benar dan sedar dia ditipu oleh suaminya yang berlaku curang dengan
rakan baiknya sendiri.
Memetik Pattaya One, sebelum wanita itu memotong kemaluan
suaminya dengan pisau, dia berpura-pura memaafkan suaminya dan melakukan
hubungan seks bersama.
Ketika Somchai sedang berehat, wanita itu terus mencapai
pisau dan mengelar kemaluan suaminya sehingga hampir terputus.
Bagaimanapun, wanita itu menelefon ambulans selepas melihat
suaminya itu mengalami kecederaan serius.
Paramedik menemui Somchai dalam keadaan berlumuran darah
sambil meletakkan pek ais di pangkal peha di tengah jalan.
Somchai kemudiannya dikejarkan ke Hospital Bang Lamung yang
turut disertai isterinya.
Sementara itu, polis berkata, pihaknya akan menunggu lelaki
berkenaan pulih sebelum menjalankan siasatan lanjut.
Ulasan
Catat Ulasan