Gantung Dua Perogol Yang Merogol Pelancong Perancis.

Teheran: Iran menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap dua rakyat Afghanistan yang merogol pelancong Perancis di kawasan pergunungan di utara bandar raya ini ketika mangsa sedang mendaki gunung. Menurut laporan akhbar kerajaan hari ini, dua lagi yang turut didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman sama dalam perbicaraan itu masih bebas. Kedua-dua lelaki itu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol wanita 24 tahun yang sedang melancong dan mendaki gunung di daerah Farahzad pada 19 September tahun lalu. Wanita Perancis itu diselamatkan seorang lagi lelaki Afghanistan. Mahkamah mendenda lelaki Afghanistan keenam kerana membantu dua tertuduh melarikan diri dari Iran. Lebih tiga juta rakyat Afghanistan tinggal di Iran dengan ramai daripadanya pelarian peperangan sejak puluhan tahun lalu.-Harian Metro