Majikan Berhak Halang Wanita Islam Bertudung.
GAMBAR HIASAN |
LUXEMBOURG: Penasihat kanan Mahkamah Keadilan Eropah berkata
majikan dalam blok Kesatuan Eropah (EU) boleh melarang pekerja wanita Islam
memakai tudung ketika bertugas, kerana ia berdasarkan peraturan umum syarikat
yang melarang penggunaan simbol agama secara jelas di tempat kerja.
Juliane Kokott mengeluarkan pandangan itu selepas mahkamah
di Belgium meminta penjelasan mengenai apa yang dilarang dalam undang-undang
antidiskriminasi EU.
Dalam kes di Belgium, Samira Achbitam, dipecat daripada
daripada jawatannya sebagai penyambut tetamu oleh syarikat keselamatan selepas
bertegas untuk bertudung.
Achbita kalah dalam samannya di dua mahkamah di Belgium dan
kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi, yang meminta pandangan mahkamah EU.
"Pekerja tidak boleh menukar jantina, warna kulit,
keturunan, kecenderungan seks dan usia, tetapi mereka boleh mengurangkan amalan
agama masing-masing di tempat kerja.
"Larangan bertudung mungkin wajar untuk menguat
kuasakan pengecualian dasar agama dan ideologi yang dibuat majikan," kata
Kokott. - Berita Harian Online