Tersilap Hantar Jenazah, Jenazah Mualaf Dibakar Dah Jadi Abu

Nama hampir sama punca jenazah mualaf dibakar, jenazah Hassan Abdullah 74 tahun telah disempurnakan mengikut ajaran Buddha selepas Unit Forensik Hospital Kajang, tersalah serah

Gambar Harian Metro
Nama hampir sama punca jenazah mualaf dibakar, jenazah Hassan Abdullah 74 tahun telah disempurnakan mengikut ajaran Buddha selepas Unit Forensik Hospital Kajang, tersalah serah jenazah itu kepada sebuah badan kebajikan, semalam.


Menurut Harian Metro, Nama Lin Ah San @ Lim Ah San dikatakan hampir sama dengan Chu Kim San, 70-an yang turut ditempatkan di unit forensik hospital itu.

Lebih menyedihkan sebaik perkara itu disedari, jenazah sudah dibakar dan hanya abu yang tinggal.

Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Mohd Azmi Md Zain berkata, kekeliruan berlaku apabila ada dua mayat lelaki Cina di unit forensik itu yang mempunyai nama yang hampir sama dipercayai punca pengurusan unit forensik tersalah menyerahkan mayat.

Menurutnya, lelaki mualaf yang juga penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah meninggal dunia di Hospital Kajang akibat penyakit tua dan pihaknya dimaklumkan mengenai kematian itu, kira-kira 10 pagi semalam.

"Wakil kami pergi ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk menuntut mayat. Namun, pihak pengurusan unit forensik memaklumkan, beberapa prosedur perlu dilakukan untuk menuntut mayat terbabit dan dijangka mengambil masa,” katanya hari ini.

Mohd Azmi berkata, mereka menyedari berlaku kesilapan kira-kira jam 3 petang semalam apabila mendapati jenazah itu sudah tiada dan dimaklumkan diserahkan kepada wakil sebuah badan kebajikan kerana keliru dengan nama kedua-duanya yang hampir sama.

"Pihak hospital kemudian menghubungi pengurusan rumah kebajikan itu dan mereka memaklumkan mayat terbabit sudah dibakar.

"Pihak hospital sudah menyerahkan abu mayat lelaki mualaf itu kepada kami, kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang," katanya.

Katanya, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyemak status kes ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut mengenainya sebaik mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian itu. - Harian Metro
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,911,Berita Semasa,764,Binatang,17,Bunuh Diri,1,Cabul,16,Curang,18,Curi,3,Dera,20,Gaduh,25,Gambar,40,Islam,106,Kantoi Luar Negara,57,Kecuaian,9,Kejam,91,Kemalangan,26,Kes Bunuh,69,Kes Kantoi,327,Kes Rogol,224,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,793,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,15,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,12,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,47,Rogol Dalam Negara,30,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,13,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,54,Sukan Dalam Negara,18,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,550,Video Dalam Negara,98,Video Kantoi,51,Video Luar Negara,123,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Tersilap Hantar Jenazah, Jenazah Mualaf Dibakar Dah Jadi Abu
Tersilap Hantar Jenazah, Jenazah Mualaf Dibakar Dah Jadi Abu
Nama hampir sama punca jenazah mualaf dibakar, jenazah Hassan Abdullah 74 tahun telah disempurnakan mengikut ajaran Buddha selepas Unit Forensik Hospital Kajang, tersalah serah
https://2.bp.blogspot.com/-kiFN1rigRQE/WTQw74mHKQI/AAAAAAAAjVY/Tc8zvjqXiQsBHCw6dr-wpp5CjKUJKqx8QCLcB/s1600/WJ.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-kiFN1rigRQE/WTQw74mHKQI/AAAAAAAAjVY/Tc8zvjqXiQsBHCw6dr-wpp5CjKUJKqx8QCLcB/s72-c/WJ.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/tersilap-hantar-jenazah-jenazah-mualaf.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/tersilap-hantar-jenazah-jenazah-mualaf.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy