Perompak Ditembak Di Punggung Oleh Pengawal Peribadi Datuk.

SHAH ALAM - Video kejadian samun yang telah tersebar di media sosial membabitkan seorang ahli perniagaan kecoh diperkatakan oleh rata-rata netizen.

Cubaan dua penjenayah tersebut yang berniat untuk menyamun seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri gagal dalam satu kejadian petang tadi.

Laporan yang di petik dari Sinar Harian memaklumkan kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira jam 2.30 petang membabitkan seorang ahli perniagaan berusia 58 tahun yang baru sahaja mengeluarkan wang tunai kira-kira RM200,000 dari sebuah bank di Seksyen 25, Seri Muda, dekat sini,

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dua suspek yang bersenjatakan parang dan kapak menaiki motosikal jenis Yamaha LC kemudian bertindak menarik beg mangsa yang mengandungi wang tunai hingga menyebabkan mangsa terjatuh.

Bagaimanapun, suspek gagal melarikan wang tunai terbabit selepas salah seorang daripada mereka ditembak oleh pengawal peribadi ahli perniagaan itu.

"Suspek mengalami kecederaan di punggung, manakala seorang lagi suspek terus melarikan diri.

"Kejadian tersebut turut menyebabkan pengawal peribadi berusia lingkungan 30-an itu cedera di badan selepas turut dilibas menggunakan parang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri.

Katanya, selain itu, pihaknya turut akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

"Senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut turut ditemui di lokasi selain beberapa kelongsong peluru. Selain itu, semakan yang dibuat pada motosikal suspek yang ditinggalkan adalah dilapor hilang di Cheras bulan lalu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.