“Kamu Ini Mengada-ngada Saja Nak Tunggu Orang Cucikan, Menyusahkan Saja”.

Hospital merupakan tempat yang kita akan pergi ketika sedang sakit dan tempat yang paling kita yakin untuk mengambil ubat kerana di hospital atau klinik sudah pasti kita di rawat dengan betul sebelum kita di berikan ubat.

Hospital merupakan tempat yang kita akan pergi ketika sedang sakit dan tempat yang paling kita yakin untuk mengambil ubat kerana di hospital atau klinik sudah pasti kita di rawat dengan betul sebelum kita di berikan ubat.

Berbeza dengan jika kita membeli ubat sendiri di farmasi semestinya kita akan beli mengikut suka kita yang kita rasakan sesuai dengan sakit kita.

Tapi berbeza dengan seorang yang bernama Qaira kerana baginya walaupun mahu ke hospital atau klinik dia akan memilih hospital yang dia rasakan ok sahaja.

Jika dahulu Qaira sememangnya sama seperti orang lain yang akan lebih memilih hospital yang terdekat dengan mereka untuk merawat sakit tapi segalanya berubah hanya kerana satu peristiwa.

Kisah Qaira bermula ketika dia sedang hamil anak ke dua, ketika itu usia kandungannya baru mencecah tujuh bulan dan tidak pernah sekali pun dia terlepas dari membuat checkup setiap bulan.

Pada satu hari dia telah terkena demam dan berkebetulan pada pagi tersebut dia ada temu janji dengan doktor bagi memeriksa kandungannya.

Ketika doktor memeriksa kandungannya, doktor telah memberitahu kepada Qaira bahawa jantung bayinya berdenyut dengan sangat pantas kesan dari demam yang dialaminya dan menyaran agar dia terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Tanpa menunggu lama Qaira terus memberitahu kepada suaminya agar membawanya ke hospital

Di hospital doktor yang merawatnya telah memberitahu bahawa jantung anaknya itu terlalu laju dan amat bahaya jika keadaan tersebut berterusan jantung bayi tersebut boleh berhenti mendadak menyebabkan bayi maut dalam kandungan.

Jadi doktor menyarankan agar dia melahirkan bayi melalui kaedah caeser bagi menyelamatkan nyawa bayi yang di kandung.

Sebelum di bedah doktor telah menerangkan prosuder dan mengenalkan doktor yang akan membedahnya tapi dia amat terkejut kerana ketika berada dalam bilik bedah bukan doktor tersebut sahaja yang ada tetapi terdapat dua orang doktor pelatih dan yang melakukan pembedahan juga bukanlah doktor sebenar tetapi doktor pelatih tersebut yang di tunjuk ajar bagi melakukannya.

Bagaimanapun segalanya berjalan dengan lancar serta anaknya itu pun selamat tetapi terdapat kisah baru hanya selepas dia ditolak masuk ke dalam wad.

Segalanya berubah selepas dia ditempatkan di wad, ketika dia sedar dia sudah pun berada di wad. Hanya selepas beberapa hari dia amat terkejut melihat tempat di sekeliling caeser tersebut membengkak setinggi 14cm.

Dia telah diberitahu oleh doktor yang merawatnya bahawa kejadian tersebut berlaku adalah kerana terdapat jangkitan kuman ketika melakukan pembedahan, apabila saya beritahu bahawa yang melakukan bedah tersebut adalah pelatih, doktor tersebut terus berkata mungkin tangan mereka ketika melakukan pembedahan tidak bersih menyebabkan berlaku jangkitan.

Selepas 15 hari saya dibenarkan balik tapi dengan syarat saya harus mencuci luka tersebut setiap hari di klinik berhampiran rumah sehingga luka tersebut baik.

Hari pertama saya pergi ke klinik berdekatan keadaan saya memang teruk sampaikan nak jalan pun susah disebabkan tempat luka caeser tersebut masih lagi bengkak. Ketika saya sampai ke klinik tersebut saya tidak di beri tunggu lama tetapi terus dipanggil untuk cuci luka tersebut dan ketika nama saya dipanggil saya telah ditegur oleh seorang nurse.

“Orang lain pun ada juga buat caeser tapi tak adalah sampai jalan pun pegang dinding, tak payah la nak mengada-ngada jalan itu cepatlah sikit, kata nurse tersebut kepada saya”. Dalam hati hanya saya sajalah tahu betapa sakitnya hati ini ditegur macam itu sedangkan dia belum tahu lagi keadaan kita macam mana.

Ketika dia melihat luka saya dan hendak mencuci luka tersebut dia telah mengatakan kepada saya bahawa “Alah saya dulu pun bersalin caeser juga tapi boleh saja cuci sendiri dekat rumah guna air paip jer, kamu ini mengada-ngada saja nak tunggu orang cucikan, nanti balik esok kamu kalau boleh cuci itu cuci saja sendiri dekat rumah tak payah nyusahkan orang lain, kata nurse tersebut dengan lancangnya.

Ya Allah kenapalah nurse ini buat kerja pun macam tak ikhlas, saya balik dengan menangis mengenangkan kata-kata nurse tersebut, amat menyakitkan hati.

Keesokkan hari saya tak pergi ke klinik untuk cuci luka tapi saya cuci sendiri dengan menggunakan air paip seperti yang nurse itu suruh saya lakukan.

Tapi pada petang itu tempat caeser saya betul-betul sakit sangat sampaikan suami saya bawa semula saya ke hospital tempat saya bersalin kerana tempat luka tersebut semakin membengkak dan terbuka ditengah-tengah, doktor di sana amat terkejut apabila dia mengetahui punca saya sakit.

Doktor tersebut amat marah kerana saya mengikut kata nurse tersebut tanpa mengetahui bahawa cuci dengan menggunakan air paip boleh mendatangkan jangkitan kuman kerana air paip tidak 100% bersih.

Saya telah ditahan di wad selama 19 hari lagi bagi menjahit kembali luka tersebut yang telah terbuka serta bagi menyenangkan doktor membuat pemantauan.

Selepas keluar dari hospital saya amat serik untuk pergi ke klinik tersebut lagi kerana layanan mereka yang teruk itu serta penyebab kepada jangkitan kuman yang saya alami disebabkan kemalasan mereka dalam merawat pesakit dengan betul walaupun klinik tersebut yang paling hampir dengan rumah saya.

Biarlah saya pergi ke klinik yang lebih jauh dari rumah asalkan rawatan yang diberikan terbaik. Wartawan Jalanan
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,911,Berita Semasa,764,Binatang,17,Bunuh Diri,1,Cabul,16,Curang,18,Curi,3,Dera,20,Gaduh,25,Gambar,40,Islam,106,Kantoi Luar Negara,57,Kecuaian,9,Kejam,91,Kemalangan,26,Kes Bunuh,69,Kes Kantoi,327,Kes Rogol,224,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,793,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,15,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,12,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,47,Rogol Dalam Negara,30,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,13,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,54,Sukan Dalam Negara,18,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,550,Video Dalam Negara,98,Video Kantoi,51,Video Luar Negara,123,
ltr
item
Wartawan Jalanan: “Kamu Ini Mengada-ngada Saja Nak Tunggu Orang Cucikan, Menyusahkan Saja”.
“Kamu Ini Mengada-ngada Saja Nak Tunggu Orang Cucikan, Menyusahkan Saja”.
Hospital merupakan tempat yang kita akan pergi ketika sedang sakit dan tempat yang paling kita yakin untuk mengambil ubat kerana di hospital atau klinik sudah pasti kita di rawat dengan betul sebelum kita di berikan ubat.
https://3.bp.blogspot.com/-kQKcEFqUwJs/WSLV7hjUTZI/AAAAAAAAioI/0sQMMSh89Z4TEwz2tIuAkm-6czDxrrYiACLcB/s1600/WJ.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-kQKcEFqUwJs/WSLV7hjUTZI/AAAAAAAAioI/0sQMMSh89Z4TEwz2tIuAkm-6czDxrrYiACLcB/s72-c/WJ.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/kamu-ini-mengada-ngada-saja-nak-tunggu.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/kamu-ini-mengada-ngada-saja-nak-tunggu.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy