Jangan Buat Saya Begini, Kenapa Duit Saya Tidak Dibayar

Simpati dengan nasib yang menimpa Raja Mohamad Mohd Ismail yang merupakan Penerbit filem Pak Pong ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila rasa ditipu oleh syarikat produksi Saphire Screen dan disahkan menghidap kanser kulit.

Syarikat produksi Saphire Screen Sdn Bhd tidak membayar Raja Mohamad sebanyak RM27,000 ketika dia berkhidmat sebagai pengurus produksi untuk tiga drama terbitan syarikat itu.

Merujuk kepada Harian Metro hari ini bertajuk "Jangan Buat Saya Begini" Nasib yang Menimpa Raja Mohamad Mendapat Perhatian media tempatan.

Raja Mohamad, 44, berkata, bayaran berkenaan adalah bagi drama Mr Boss Miss Stalker, Mukhlis dan Biar Aku Jadi Penunggu yang sudah pun ditayangkan.

“Jumlah itu termasuk wang saya sendiri yang saya dahulukan untuk beberapa urusan berkaitan penggambaran,” katanya.

Menurutnya, pemilik syarikat ini sering memberikan pelbagai helah antaranya tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya yang dikatakan sebagai punca mereka enggan membuat pembayaran.

“Saya dimaklumkan mereka tidak puas hati dengan hasil kerja saya. Kalau tak puas hati, kenapa masih menggunakan khidmat saya untuk drama Biar Aku Jadi Penunggu.

"Sekiranya betul saya gagal buat kerja dengan baik, kenapa masih ambil saya bekerja sedangkan dia ada banyak pilihan," katanya yang turut membuat aduan dengan Presiden Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA), Khir Mohd Noor.

Nasib Raja Mohammad juga ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila tidak mampu lagi bekerja selepas disahkan menghidap kanser kulit tahap empat.

Berikutan itu, Raja Mohammad kini perlu mendapatkan rawatan di Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

“Kanser itu sudah merebak ke usus dan otak. Saya kerap muntah apabila makan dan sekiranya simptom ini berterusan, doktor akan memotong saluran usus saya," katanya.

Raja Mohammad yang juga bapa tunggal kepada empat anak berusia 11 hingga 16 tahun berkata, dia amat memerlukan wang bagi menyara keluarga dan kos perubatannya.

"Saya buntu memikirkan perkara ini. Saya sudah cuba meminta mereka menyelesaikan pembayaran sejak November lalu tetapi masih tidak berhasil,” katanya. Sumber Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja