Isteri Tertekan Miliki Suami Panas Baran, Maki Hamun Hanya Pekara Kecik.

Saya terpanggil untuk mengkongsikan kisah seorang wanita dari pages Kisah Rumah Tangga yang ingin meminta pendapat netizen mengenai masalah yang membelengunya itu.

Setiap wanita yang berkahwin pasti mengharapkan rumah tangganya berkekalan dan bahagia sampai ke hari tua tapi tak semua yang bernasib baik, kadang-kadang tak semua yang kita impikan akan berlaku dalam hidup kita.

Begitulah nasib seorang wanita ini yang hanya mahu di kenali sebagai Ika, pada mulanya semuanya tersangat indah sewaktu bercinta, namun perangai suaminya itu berubah sama sekali selepas mereka berkahwin.

Selepas berkahwin barulah perangai suaminya itu yang panas baran serta suka memaki hamun hanya kerana perkara yang boleh di anggap remeh-temeh itu di tonjolkan.

Sikap suaminya itu yang kerap marah itu membuatkan Ika merasa amat tertekan serta sakit hati almaklumlah Ika ini sememangnya seorang yang lebih suka memendam rasa dari meluahkannya kepada orang lain.

Dari terus memendam rasa jadi Ika mengambil keputusan untuk keluar bekerja agar segala tekanan yang dia rasa di rumah dapat dikurangkan, tapi tempat kerja Ika ini sememangnya jauh sampai kena naik dua bas baru sampai tempat kerja.

Bagi mengurangkan kos ke tempat kerja maka Ika ini bercadang untuk menyewa rumah yang berdekatan dengan tempat kerja. Jadi Ika pun telah menyuarakan hal tersebut kepada suaminya itu.

Tapi bila saya tanya suami dia cakap “kalau kau pindah dan sewa tempat lain juga maka kita hidup masing-masing saja”.

“Persoalan yang ingin saya tanyakan ialah, jika saya tetap juga berkeras untuk berpindah ke tempat lain adakah telah jatuh talak ke atas saya atau tidak,” kata Ika.

Bagaimana jika saya berjaya memujuk suami untuk menyewa di tempat lain dan suami membenarkannya, adakah tetap jatuh talak kerana suami pernah menyatakan bahawa jika saya sewa tempat lain maka hidup masing-masing.

Saya mohon kepada netizen agar dapat memberikan pencerahan mengenai perkara di atas. Wartawan Jalanan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.