Fahaman Islam Liberal Mula Tersebar Di Masjid Berlin


Islam sebagai sebuah agama yang benar dan istimewa sering dicemburui oleh musuh-musuhnya.

Oleh sebab itulah pelbagai usaha dilakukan bagi menjatuhkan Islam dan menggugat keyakinan penganutnya terhadap kesucian syariat Islam.

Agama Islam berdepan pelbagai ancaman baharu termasuklah penyebaran fahaman Islam liberal.

Terbaharu, sebuah masjid yang membenarkan lelaki dan wanita solat bersama-sama dibuka semalam di bandar ini serta turut mempunyai imam wanita.

Salah seorang imam wanitanya, Ani Zonneveld yang dilahirkan di Malaysia dilihat melaungkan azan di Masjid Ibn Rushd Goethe.


“Kami mahu menghantar mesej jelas melawan keganasan Islam dan penyalahgunaan agama kami. Kami mahu mengamalkan agama kami bersama-sama,” dakwa salah seorang pengasas masjid itu, Seyran Ates.

Ates, 54, merupakan seorang peguam dan aktivis hak wanita yang sering mempersoalkan amalan bersifat pantang larang atau taboo serta pernah menggesa revolusi seks dalam dunia Islam.

Ates berkata, beliau tidak akan membenarkan golo­ngan konservatif agama menafikan hak beliau untuk menjadi seorang Muslim, lapor Utusan.

Menurut rakaman imej yang dikeluarkan, jemaah di masjid berkenaan solat secara bercampur antara lelaki dan wanita selain imam ber­ucap dalam bahasa tempatan.

Malahan ada juga jemaah wanita yang memakai tudung dan tidak memakai tudung.

Di samping itu, tujuh orang pengasas masjid tersebut berkata, mereka bercadang mahu membuka dewan solat kepada semua golongan termasuk gay dan pengkid.

Usaha-usaha musuh Islam ini dilakukan samada melalui usaha meruntuhkan nilai-nilai budaya Islam ataupun dalam bentuk menyerapkan kefahaman-kefahaman yang menjejaskan aqidah umat Islam. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Sof ayat 8:

Ertinya: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.