Anwar Ibrahim Mahu Siasatan Dakwaan Shafee Terima Wang Dari Datuk Seri Najib

Kenapa peguam kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di bayar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak soal Ketua Pemuda Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman.

Kenapa peguam kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di bayar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak soal  Ketua Pemuda Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman.

Menurut laporan Malaysia Kini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara mahu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, - peguam kanan yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwatnya, disiasat.

Ini selepas timbul dakwaan bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melalui dua bayaran iatu pada 11 September, 2013 dan 17 Februari, 2014.

“Dakwaan yang dibuat Sarawak Report bahawa dana berjumlah RM 9.5 juta dari syarikat SRC International telah disalur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari akaun peribadi beliau ke dalam akaun peribadi peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah amatlah berat.

“Perkara ini perlu disiasat pihak berkuasa pada kadar segera.

“Apakah tujuan dana besar ini disalur oleh Najib kepada akaun peribadi seorang peguam swasta yang dilantik oleh kerajaan Najib untuk mengendalikan pendakwaan terhadap saya?” soal Anwar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui PKR.

Anwar, dalam nota berkenaan turut mempersoalkan siapa lagi yang turut menerima duit dari SRC International melalui akaun peribadi Najib.

Putrajaya, dalam satu keputusan yang mengejutkan pada 22 Julai 2013, melantik Shafee untuk mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Rayuan dan bukannya berdasarkan amalan konvensional yang bergantung kepada khidmat pendakwa raya.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb, 2015 mengekalkan keputusan bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malaysiakini, yang tidak menyiarkan nama Shafee, dalam laporan Sarawak Report itu semalam, telah cuba menghubunginya untuk mendapatkan ulasannya melalui pelbagai saluran tetapi tidak berjaya.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman awal hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan menamakan Shafee Abdullah sebagai peguam yang menerima dana daripada Najib.

"Semua orang tahu bahawa Shafee adalah orang kepercayaan Najib dan hadir di rumahnya, ketika mesyuarat dengan Saiful berlangsung, tetapi bayaran lumayan kepada peguam itu adalah konflik kepentingan.

"Saya menyeru orang ramai supaya tampil bersama saya dan membuat laporan polis mengenai isu ini. Kita harus bersama-sama dan berjuang untuk membersihkan badan kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Saddiq berkata walaupun kerajaan mempunyai kuasa untuk melantik seorang pendakwa raya luaran, namun bayaran hendaklah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan bukan perdana menteri. -  Malaysia Kini
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,911,Berita Semasa,764,Binatang,17,Bunuh Diri,1,Cabul,16,Curang,18,Curi,3,Dera,20,Gaduh,25,Gambar,40,Islam,106,Kantoi Luar Negara,57,Kecuaian,9,Kejam,91,Kemalangan,26,Kes Bunuh,69,Kes Kantoi,327,Kes Rogol,224,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,793,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,15,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,12,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,47,Rogol Dalam Negara,30,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,13,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,54,Sukan Dalam Negara,18,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,550,Video Dalam Negara,98,Video Kantoi,51,Video Luar Negara,123,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Anwar Ibrahim Mahu Siasatan Dakwaan Shafee Terima Wang Dari Datuk Seri Najib
Anwar Ibrahim Mahu Siasatan Dakwaan Shafee Terima Wang Dari Datuk Seri Najib
Kenapa peguam kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di bayar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak soal Ketua Pemuda Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman.
https://4.bp.blogspot.com/-VAYonrShUu4/WTO1zoeBfRI/AAAAAAAAjSU/apxfx9RSxr0HJBDg6jm8R7DHnUuzbUqKQCLcB/s1600/WJ.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-VAYonrShUu4/WTO1zoeBfRI/AAAAAAAAjSU/apxfx9RSxr0HJBDg6jm8R7DHnUuzbUqKQCLcB/s72-c/WJ.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/anwar-ibrahim-mahu-siasatan-dakwaan.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/anwar-ibrahim-mahu-siasatan-dakwaan.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy