Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima Ini Kerana Janji Saya Kepada Suami.
Benar kata orang cinta itu buta, dan bukan semua wanita yang sangup terima suaminya sekiranya hidup susah, dan masih ada wanita yang sanggup terima keadaan suaminya walaupun hidup menjadi gelandangan.
Kasih seorang isteri yang setia bersama suami walaupun hidup susah menjadi gelandangan di ibu kota mendapat perhatian pihak wartawan Astor Awani.
Menurut laporan astroawani.com wanita yang mempunyai dua orang anak ini sangup bersama-sama suami
"Walau seteruk mana kesusahan, walau semiskin dan
sehina mana suami saya, selagi dia adalah suami saya, saya tempuhi demi janji
saya.
"Biarpun perit untuk diterima tapi saya yakin mungkin
belum sampai waktunya untuk kami menikmati sedikit rasa bahagia dan
senang," ujar Liza (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Jalan Tunku
Abdul Rahman.
Menurut Liza seorang gelandangan di ibu kota, janji cinta
setia itu dilafazkannya ketika menerima lamaran suaminya Husin (bukan nama
sebenar) 8 tahun lalu.
Pasangan yang telah menjadikan kaki lima sebagai sebahagian
potret hidup sejak 2 tahun lalu dikurniakan dua orang cahaya mata.
Puteri sulung mereka yang sentiasa girang ketika ditanya
sebarang soalan kini berusia 6 tahun manakala putera mereka baru berusia setahun
7 bulan.
Penulis sempat menanyakan soalan kepada "si
peramah" kecil molek yang ketika itu sedang menulis sesuatu di atas
serpihan kotak lusuh yang ditinggalkan gelandangan.
"Adik lukis apa?" sapaku.
"Cikgu suruh lukis rumah, esok cikgu nak tengok,"
jawab intan (bukan nama sebenar dengan girang tanpa menoleh sedikit pun kerana
asyik dengan kreativinya).
Jauh di sudut hati penulis, tahukah anak kecil ini bagaimana
suasana sekolah sebenarnya sedangkan menurut bapanya hanya kanak-kanak kaki
lima menjadi rakan penghibur si kecil itu lebih 2 tahun lalu.
"Pernah satu ketika kami benar-benar tidak mempunyai
wang untuk membayar sewa bilik.
"Di kaki lima inilah saya bawa isteri dan anak-anak
tidur," ujar Husin yang sedikit sayu.
"Perkara pertama saya buat ketika mencelikkan mata
selepas tidur ketika itu adalah untuk melihat isteri dan anak-anak saya.
"Saya bersyukur sangat-sangat kerana isteri saya masih
dengan janjinya itu dan anak-anak saya sedikit pun tidak menangis kerana
ketidakselasaan beratapkan langit malam itu," ujarnya lagi.
Luluh hati penulis melihat mahkota ketabahan yang diberi
pada insan-insan ini.
"Kenapa masyarakat perlu berterusan menghukum saya
Bang?" soal Husin kepada saya.
Cerita lanjut kisah pasangan ini akan dapat anda saksikan dalam
program Syah Kaki Lima - episod lapan berjudul
'Dilema Gelandangan Berkeluarga' Sabtu, 11:15 pagi di saluran 501 Astro
AWANI dan di astroawani.com.
Saksikan juga episod-episod menarik 'Syah Kaki Lima' sebelum
ini di laman astroawani.com
Ulasan
Catat Ulasan