‘Perli Boleh, Fitnah Saya Saman’ – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR — Pengerusi Biro Teknologi Maklumat Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemimpin yang menjadi mangsa fitnah di media sosial disaran menjejaki dan menyaman pihak terlibat.

Beliau berkata tindakan undang-undang dapat mengurangkan budaya fitnah dan mewujudkan suasana media sosial lebih beretika, lapor BH.

“Cari pemilik akaun media sosial dan saman mereka yang memfitnah, seperti yang dibuat oleh presiden Umno.

“Supaya pemfitnah berhenti daripada berbuat demikian dan tahap etika penggunaan media sosial akan meningkat.

“Saya juga akan saman jika ada orang fitnah saya selepas ini. Memang sebelum ini saya gunakan #AdaAkuKisah di media sosial jika ada yang perli atau menyindir saya.

“Ahli politik mana yang tidak diperli, itu biasa. Tapi jika fitnah, memang aku kisah,” Katanya.

Ahmad berkata Datuk Seri Najib Razak menyaman Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berhubung kenyataan dalam rakaman video membabitkan pembentangan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355, bulan lalu.

Selain itu, presiden Umno itu memfailkan saman terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli berhubung kenyataan fitnah isu subsidi minyak, dua tahun lalu.-Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.