Nelo Vingada Sah Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya.
Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada, atau lebih
dikenali sebagai Nelo Vingada telah disahkan sebagai ketua jurulatih dan telah
diamanahkan dengan tugas untuk membawa Malaysia keluar daripada kemerosotan
bola sepak.
Tugas pertama beliau, dan bukan sesuatu untuk dicemburui,
adalah untuk membawa pasukan kebangsaan menentang Korea Utara di Pyongyang pada
8 Jun sebelum memulakan tanggungjawab menguruskan pasukan di halaman sendiri
bertemu pasukan Lubnan di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor
pada 13 Jun sebagai jurulatih dari Portugal yang akan membantu memulakan kempen
Malaysia dalam kelayakan Piala Asia 2019.
Digelar sebagai 'The Professor' oleh kerana kaedah
pengurusan yang bijak, Vingada memulakan kerjaya kejurulatihan beliau sebagai
pembantu kepada Carlos Queiroz untuk pasukan Portugal Bawah-20.
Bersama
Queiroz, kedua-dua mereka telah membawa Portugal ke arah kejayaan bermula dari
bawah iaitu Piala Dunia FIFA Bawah-20 pada tahun 1989 dan 1991.
Selepas kejayaan Queiroz sebagai ketua jurulatih, Vingada
konsisten membawa pasukan Portugal Bawah-20 mara ke separuh akhir acara utama
seperti Piala Dunia FIFA Bawah-20 pada tahun 1995 dan Sukan Olimpik pada tahun
1996.
Vingada, yang telah melibatkan diri dalam kerjaya sebagai
pengurus melebihi 35 tahun serta masih aktif merupakan seorang tokoh yang
popular di rantau Asia. Beliau menjadi jurulatih untuk pasukan senior Arab
Saudi (1996-1997), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan
(2007-09), dan skuad Olimpik Iran (2014).
Beliau juga mempunyai banyak pengalaman kejurulatihan di
peringkat kelab di mana beliau pernah membimbing kelab Zamalek FC dari Mesir
dan Seoul FC dari Korea Selatan menjuarai liga dan piala tempatan semasa
bersama kelab-kelab tersebut.
Kelayakan beliau yang mengagumkan juga termasuk
seperti pernah menjadi jurulatih untuk pasukan gergasi Iran, Persepolis FC dan
kelab dari Liga Super China, Dalian Shide FC. Kerjaya terakhir beliau adalah di
India sewaktu mengendalikan kelab NorthEast United FC ke tangga kelima (sekadar
di bawah kelayakan untuk kejuaraan 'playoff') Liga Super India.
Vingada, 64 tahun, dikenali sebagai seorang jurulatih yang
mengamalkan corak kejurulatihan yang serius dan disertakan dengan cara beliau
yang tegas dan dominan merupakan faktor utama beliau dipilih sebagai pilihan
terbaik untuk menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia.
"Saya mahu jurulatih yang juga boleh menjadi seorang
guru. Dalam pasukan kebangsaan, ia tidak hanya mengenai kejurulatihan tetapi
juga untuk memberi pendidikan kepada pemain kami. Dengan pengalaman dan
usianya, kami melihat beliau sebagai jurulatih terbaik yang akan membantu
pasukan kebangsaan meraih kejayaan.
Kerjaya beliau bersama beberapa pasukan
kebangsaan - dalam pasukan belia dan skuad utama - dan beberapa kelab yang
telah beliau latih menunjukkan pengalaman beliau yang sangat banyak dalam etika
kerjanya.
Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Vengada dan, kami berharap
boleh bekerja bersama Vengada, dan harapnya, menemui kejayaan baru," titah
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail
Sultan Ibrahim.
"Setelah melihat banyak jurulatih, tempatan dan juga
luar, melakukan kerja mereka, naluri saya menyatakan bahawa Vingada adalah
individu yang tepat untuk tugas ini. Saya mungkin silap tetapi hanya masa yang
akan menentukan," tambah Baginda.
Vingada, bagi pihaknya, berkata: "Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana telah
menghubungi saya dan kemudian bertemu dengan saya di Johor baru-baru ini. Ia
merupakan satu penghormatan untuk melatih pasukan kebangsaan Malaysia. Ada
banyak kerja yang perlu dilakukan dan saya tidak sabar untuk memulakannya.
"
Vingada akan tiba di Malaysia pada 25 Mei untuk memulakan
tugasannya secara rasmi sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia dan
memulakan kerjasama dengan para pemain.- sumber: Football Association of Malaysia (Official)
Nelo Vingada tandatangan perjanjian kontrak bersama FAM |
Ulasan
Catat Ulasan