Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dari Tingkat 10 Pangsapuri.

Tidak kiralah di mana sahaja kita diami, pengawasan yang ketat perlu diberikan kepada anak-anak bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku.

Lebih-lebih lagi bagi penghuni di apartment, kondo serta flat, pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak amatlah penting kerana bahaya itu ada di mana sahaja. Tanpa pengawasan yang ketat kadang-kala kita tidak ketahui apa yang berlaku kepada anak kita.

Itulah yang berlaku kepada seorang budak lelaki berusia 9 tahun yang telah ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak pada 1 tengah hari hari ini.

Merujuk kepada laporan harian metro, mangsa yang di kenali sebagai Muhammad Nazirul Nasyat Mat Isa dikatakan main kejar-kejar bersama rakannya dari tingkat sembilan ke tingkat 10 pangsapuri berkenaan.

Bagaimanapun ketika sampai di tingkat 10, rakan mangsa berusia 6 tahun dikatakan masuk ke dalam rumah manakala mangsa terus mencari rakannya sebelum dia ditemui terjatuh di tingkat bawah perumahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada 1.40 tengah hari dan mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan setakat ini tiada individu yang mendakwa melihat insiden berkenaan.

“Pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.


“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – Hmetro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.