Cerita Sebenar Gambar Gadis Viral Terbabas Dalam Parit

Seorang wanita nyaris lemas setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Jalan Hopeful berhampiran Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, di sini pagi ini.

Ketua Balai Bomba Bestari Jaya, Sahidallah Osman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Norina Syafiqa Kamaruzaman yang berusia dalam lingkungan 30an dikatakan sedang memandu sendirian kenderaan terbabit jenis Toyota Unser untuk ke tempat kerjanya di insitusi pengajian tinggi itu.

Bagaimanapun, sebaik melalui lokasi kejadian katanya, mangsa dipercayai hilang kawalan sehingga menyebabkan kenderaan dipandunya itu terbabas lalu terjunam ke dalam parit bersebelahan jalan itu.

“Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.20 pagi sebelum sebuah jentera jenis FRT dengan kekuatan enam pegawai dan anggota tiba ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Sebaik pasukan bomba sampai, mangsa telah diselamatkan orang ramai dan tidak mengalami kecederaan. Bagaimanapun mangsa masih trauma dengan kejadian yang berlaku,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, Shahidallah turut memaklumkan tiada mangsa lain terlibat dalam kejadian itu.

Gambar gadis tersebut cukup viral di salah satu group Kemalangan Extreme Kebakaran, Banjir Dalam & Luar negara yang di muat naik oleh Yuli ana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.