Afdlin Shauki Salahkan Rosyam Nor Kejadian Tampar Di TN50
Walaupun kejadian tampar yang berlaku di Dialog Transformasi Nasional (TN50) bersama Datuk Seri Najib telah selesai sacara baik di sana. namun masih ada artis yang tak dapat terima kejadian yang berlaku.
Semalam pelawak terkenal Afdlin Shauki pulak menyalahkan
Datuk Rosyam Nor atas kejadian tampar yang berlaku dalam Dialog Transformasi
Nasional bersama perdana menteri.
Menurut laporan Free Malaysia Today Afdlin Shauk turut mempersoalkan tindakan pengacara memburukkan
keadaan dengan kenyataan “dia ni memang kurang ajar” yang merujuk kepada
penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar pelakon veteran, Sulaiman Yassin
atau Mat Over.
“Pada saya, yang paling bersalah adalah moderator yang tak
mengawal keadaan dengan baik. Lepas tu satu Malaysia dengar audio dia cakap kat
PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’.
“Apa tujuan memburuk-burukkan keadaan? Bukankah lebih baik
sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yang terlalu nak menonjolkan
diri,” tulisnya di Instagramnya hari ini.
Dialog TN50 bersama Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung
malam tadi kecoh selepas Mat Over menampar Teo di depan perdana menteri.
Insiden itu berpunca daripada Teo meminta Rosyam memberi
peluang kepada hadirin di barisan belakang untuk mengajukan soalan kepada
Najib, sebelum Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo ketika Rosyam membuka
ruang kepada penerbit itu untuk tanya perdana menteri.
Pada masa sama, Afdlin menggesa Presiden Persatuan Seniman
Malaysia, Zed Zaidi mengambil tindakan terhadap Rosyam yang kelakuannya
disifatkan memalukan dan mengaibkan penggiat seni.
“Sudahlah memang orang kurang respect pada orang dalam
industri ini…kelakuan yang memalukan ini lebih mengaibkan kita. Zed Zaidi kena
ambil tindakan,” katanya.- sumber: Free Malaysia Today
Ulasan
Catat Ulasan