Video Polis Cedera Dirempuh Penjenayah Di Johor.

Seorang anggota polis berpangkat koperal patah kaki kiri selepas dirempuh kereta dipandu suspek yang cuba melolosi sekatan jalan raya di Lebuh Raya Pasir Gudang susur ke Permas Jaya, di sini semalam.

Utusan Online melaporkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abd. Aziz berkata, kejadian pada pukul 2.20 petang itu berlaku semasa anggota polis berusia 33 tahun itu sedang membuat sekatan jalan raya cuba memberi bantuan ‘cut-off’ kepada kereta peronda yang sedang mengejar kenderaan suspek setelah dikesan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Perak, Pasir Gudang sebelum itu.

“Suspek berusia 30 tahun dan memiliki 10 rekod kesalahan lampau itu memecut secara melulu dan berbahaya sebelum merempuh sekatan lalu lintas serta melanggar anggota polis berkenaan.

“Ketika tiba di persimpangan di Jalan Rosemerah 2/11, berlaku kemalangan antara kereta suspek dengan kereta peronda polis. Suspek kemudian cuba meluru ke arah seorang anggota sambil memegang besi menyebabkan anggota melepaskan satu das tembakan ke arahnya yang terkena pinggang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jokhiri berkata, suspek cuba melarikan diri ke arah kaki lima sebuah bank dalam keadaan cedera tetapi ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.