Seorang Guru Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital Sakit Jiwa Selepas Ditinggalkan Suami.

Pulau Borneo: Sungguh sedih kisah hidup Siti Amnah, 38 tahun yang merupakan penduduk kampung Kalampaian ini kerana setahun terakhir hidupnya itu dia terpaksa dikurung dalam sebuah bilik yang hanya berukuran sekitar tiga meter persegi dengan kaki sebelah kiri dirantai.

Siti Amnah terpaksa di ikat setelah dia mengalami gangguan jiwa. Jika dilepaskan dia kerap mengamuk dan mencuri makanan di kedai-kedai berhampiran menyebabkan orang kampung terpaksa mengikatnya.

“Dia hidup sebatang kara jadi hanya penduduk kampung yang bersimpati dengannya sahaja yang menjaga dia sekarang,” kata salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Idah.

Dia mengaku terkilan melihat keadaan Siti Amnah, selepas melahirkan anaknya yang pertama setelah 5 tahun menunggu kehadiran cahaya mata sekitar setahun yang lalu suaminya telah pergi meninggalkan Amnah

“Selepas melahirkan anaknya itu, dia telah mengalami sejenis penyakit seperti meroyan. Perkara ini terjadi kerana dia telah ditinggalkan oleh suami ketika siti masih lagi dalam keadaan berpantang menyebabkan dia mengalami gangguan jiwa” ujarnya.

Dimaklumkan bahawa dulu Siti Amnah hidup bahagia bersama suami tercinta dan dia juga merupakan seorang guru yang mengajar mengaji di kampung tersebut, “Sewaktu dia menjadi guru mengaji, muridnya banyak sekali kerana dia sememangnya berpewatakkan baik dan lemah lembut menyebabkan ramai yang suka dengannya,” tambah Idah yang merawat siti Amnah

Sementara itu, Ketua Kampung Kalampaian Ilir  iaitu Suli berkata, penduduk kampung pernah membawa Siti Amnah ke hospital. Namun kerana kesihatannya tidak berapa baik selepas bersalin, maka pihak hospital menyarankan agar dia di bawa pulang dan dirawat di rumah.

“Pihak hospital mengatakan bahawa dia memerlukan sokongan ahli keluarga menemaninya dalam usaha memulihkan kembali keadaannya seperti sedia kala, namun begitu Siti Amnah tidak mempunyai ahli keluarga yang lain  melainkan suaminya itu tetapi suaminya itu telah hilang tanpa dapat dikesan," katanya.

Bagaimanapun, esok Jabatan Sosial dan Kesihatan akan membawa Siti Amnah ke hospital sakit jiwa kerana keadaannya sudah semakin teruk.

Sementara itu datuk bandar H Khalilurrahman berkata , dia sudah mengarahkan Jabatan kesihatan untuk menjemput Siti Amnah untuk di hantar dan di rawat ke hospital sakit jiwa Sambang Lihum.

"Menurutnya, Siti Amnah mengalami gangguan jiwa akibat tertekan setelah ditinggalkan oleh suaminya , ditambah lagi ketika itu dia sedang dalam keadaan berpantang menyebabkan dia merasa lebih tertekan." katanya.

Bagaimanapun anak mangsa yang berusia setahun berada dibawah jagaan Jabatan kesihatan Kalampaian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja