Gara-Gara Ibu Mengidam Buah ini,Anak Lahir Cacat Seumur Hidup
Kes ini berlaku pada tahun lalu dan ini adalah luahan dari follower 9
Bulan 10 hari. Gara-gara mengidam mangga muda, Aisyah ditendang suami semasa
hamil enam bulan. Akibat dari kejadian itu, anaknya disahkan cacat seumur
hidup! Allah..
Mereka bercinta, berkahwin, bunting pelamin dan semuanya
baik-baik saja sebelum ini. Tetapi apabila masuk part Aisyah meluahkan yang dia
mengidam sesuatu, suaminya rasa Aisyah mengada-ngada.
“Banyak kali saya diam kak, sebab saya tahu suami saya tak
suka. Tetapi ada sekali itu, saya teringin nak bau mangga tu. Saya tak tahu nak
minta pada siapa. Saya menangis sebab teringin sangat-sangat.
“Masa itu kandungan berusia enam bulan. Saya minta elok-elok
saja dengan suami. Saya siap beritahu, “Kalau tak ada, tak apalah bang,”, dia
terus menendang perut saya, kak. Saya terus rebah dan darah keluar.
“Anak kami disahkan cacat serta-merta sebab tendangan itu
kuat sangat.
“Doctor cakap disebabkan tendangan suami saya berturut turut
di bahagian perut, pinggang dan lutut sehingga saya rebah dan perut terhentak.
Itu yang menyebabkan anak kami cacat,” katanya.
Suami Aisyah mengalami masalah kewangan dan dia mudah baran
apabila bercakap soal duit.
Kini Aisyah sudah selamat melahirkan anaknya. Part sedih
bila suaminya semakin tertekan kerana terpaksa menanggung expenses ubat dan
setiap hari memohon maaf pada Aisyah di atas kesilapannya itu.
Anak Aisyah, terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan
seumur hidupnya. Allah..
TIPS BUAT SUAMI UNTUK MENGHADAPI SAAT KEHAMILAN ISTERI
1. Percayalah, jika anda terasa sempit, Allah akan hantar
rezeki buat anda dan keluarga dengan kehadiran anak. Janganlah hukum anak yang
tak bersalah, kasihanilah dia. Dia hanya ada anda untuk pertahankan nya.
2. Ambil berat soal mengidam isteri anda yang hamil. Dia
bukan buat-buat, dia bukan mengada-ngada, dia memang teringin. Ya, benar-benar
teringin. Ada wanita hamil yang boleh menangis kalau dia tak dapat makan apa
yang dia nak. Sampai tahap macam itu sekali seorang wanita hamil lalui.
3. Bawalah isteri anda bersiar-siar, dia perlukan udara
segar. Dia perlu cerita, perlu rasa disayangi, dia nak rasa bau badan suami dia
tu. Jadi, sayangilah dia. Kasihan isteri anda, dia kan milik anda.
4. Doa seorang isteri mudah dimakbulkan Allah. Kalau anda
nak rasa berjaya dan terus berjaya dalam kehidupan anda, berbuat baiklah dengan
isteri dan anak-anak dan lihatlah hasilnya, kehidupan anda akan bertambah
gembira dan berjaya. Janji Allah itu pasti.
5. Masa hamil, bawa isteri buat aktiviti sukan. Wanita hamil
pun perlu bersukan tetapi ada cara-caranya.
Tips bersenam bagi ibu hamil untuk terus ceria dan awesome,
sila rujuk muka surat 46-50 dalam buku 9 Bulan 10 Hari
6. Bukan ini saja peranan suami, ada banyak lagi di page
53-55 buku 9 Bulan 10 Hari yang akan mengindahkan lagi proses kehamilan dan
kelahiran anak anda.
7. Bagi isteri pula, isteri juga ada peranannya. Ada game
yang dia perlu buat untuk terus menambat hati suami. Baca page 57 untuk terus
menjadi surihati terbaik buat suami walaupun ketika hamil dengan
perangai-perangai pelik ini.
8. Ingat! Anak dalam kandungan pandai copy paste perangai
ibu bapanya. Semakin anda berkasih sayang, bersedekah, menghormati ibu bapa
anda, mengasihani orang-orang susah, suka buat kerja amal, suka mengaji dan berzikir,
percayalah anak-anak anda akan sangat menjadi luar biasa pemikiran dan
akhlaknya. Dia saham akhirat anda. Buatlah yang terbaik untuknya.9bulan10hari
Ulasan
Catat Ulasan