KERANA ANISA “Ku Inginkan Kebebasan Kerana Aku Berhak, Ku Inginkan Cinta Kerana Itu Keperluanku”

Anisa, 17 tahun, merupakan anak bongsu dari  tiga beradik dan anak perempuan tunggal kepada Long Yahya dan Madeha. Seorang yang bijak,  lincah dan petah berkata-kata. Anisa menyimpan hasrat untuk menjadi peguam. Namun, dia kecewa dengan sikap ayahnya yang lebih mengutamakan pelajaran hanya untuk kedua-dua abangnya, Arif dan Azim. 

Mereka diberi peluang meneruskan pelajaran diperingkat lebih tinggi. Sedangkan dia, ditidakkan haknya. Anisa sering rasa tersisih. Dia pernah memohon untuk mengambil tuisyen sebelum   menduduki SPMnya, tetapi tidak dibenarkan oleh ayahnya dengan alasan wang tersebut   lebih   diperlukan abang-abangnya di universiti. 

Mujurlah ibunya, Madheha sentiasa memujuk dengan kata-kata menenangkan berbanding ayahnya   yang lebih tegas. Oleh itu, Anisa belajar dengan  Syukri, jejaka jurusan perubatan yang sedang   menunggu masa untuk lanjutkan pelajaran ke luar negara.

Syukri bukannya orang berada, hanya anak tunggal seorang balu. Namun disebabkan kebijakannya,   dia jadi anak angkat sekolah hingga berjaya ke matriks sains. Syukri ibarat abang pada Anisa. 

Dialah yang banyak memberikan kata-kata semangat terutama sekali soal pelajaran. Tak disangka,  hubungan rapat menimbulkan titik cinta. Syukri berjanji  untuk mencari Anisa setelah pulang dengan gelaran doktor kelak, sedangkan Anisa berjanji untuk setia menunggu Syukri.

Selepas Anisa tamat peperiksaan SPM, Syukri pun berangkat keluar negara. Walaupun berat, Anisa   terpaksa merelakan dan berharap jodoh akan menyatukan mereka kelak. Sejak Syukri pergi, dia dan Anisa banyak berhubung melalui surat.

Hinggalah peperiksaan SPM diumumkan dan Anisa menperolehi keputusan cemerlang, melayakkan   dia melanjutkan pelajaran ke universiti. Malangnya, ayahnya langsung tidak peduli tentang cita-citanya.

Untuk mengetahui cerita seterusnya anda boleh menonton KERANA ANISA Drama Slot Samarinda mulai 9 Januari setiap Isnin hingga Rabu pada 10.00 malam di TV3.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.