Marshanda Wanita Kotor Dan Ada Penyakit Kelamin - Egi John Foreisythe
Masalah kes curang Marshanda, 27, sekali lagi menarik minat
peminat industri hiburan Indonesia, kali ini bukan khabar angin semata-mata
sebaliknya kisah benar, yang pasti pelakon Egi John Foreisythe, 28, sendiri
yang mendedahkan perkara tersebut kepada orang ramai menerusi laman media
sosial baru-baru ini.
Pendedahan tersebut sekali gus mengesahkan desas-desus yang
tersebar sebelum ini mendakwa kononnya Egi dan Marshanda kini bukan lagi
pasangan kekasih, lebih teruk lagi apabila Egi turut menuduh Marshanda sebagai
wanita 'kotor' kerana turut menderita penyakit kelamin gara-gara menjalani
kehidupan liar.
Kesemua tuduhan yang dibuat Egi menerusi media sosial itu
nyata menarik perhatian banyak pihak yang merasakan lelaki itu sengaja berbuat
demikian kerana mahukan perhatian, namun begitu Egi bersedia untuk mendedahkan
segala bukti kepada setiap tuduhan yang dilakukan kerana dia yakin berada di
pihak yang benar.
Jadi tidak hairanlah 'serangan' yang dilakukan Egi itu
dilihat terus berlarutan, Egi merasa kecewa dengan sikap Marshanda yang tidak
pernah mengambil iktibar daripada kesilapan lampau, Egi menulis, "Kisah
Benar.
Saya anggap wajar buat wanita zaman sekarang ini materialistik, lelaki itu adalah penaung. Tapi apa yang berlaku macam mana kalau wanita itu curang, sampai terkena penyakit kelamin, boleh pekara macam itu berlaku? "
Saya anggap wajar buat wanita zaman sekarang ini materialistik, lelaki itu adalah penaung. Tapi apa yang berlaku macam mana kalau wanita itu curang, sampai terkena penyakit kelamin, boleh pekara macam itu berlaku? "
Selain itu Egi juga tanpa rasa bersalah turut memanggil
Marshanda dengan gelaran Wanita Penipu setiap kali memuat naik status baharu di
laman sosial, setiap masa, ada pihak merasakan 'serangan' Egi sebagai tanda
amaran buat Marshanda untuk berubah jika tidak mahu aibnya terus dibongkar
bekas kekasih.
Egi juga menuntut penjelasan daripada Marshanda apabila
turut memuatkan naik gambar wanita itu keluar dengan lelaki lain, jelaslah di
sini yang Egi sudah hilang sabar sehingga mengambil keputusan bertindak
sebegitu setelah sekian lama menuntut penjelasan daripada Marshanda.
"Hingga ke hari ini juga Marshanda gagal dihubungi oleh
mana-mana pihak, khabarnya dia sudah menghilangkan diri hingga Egi terpaksa
membuat pendedahan terbuka sebegitu, "pendedahan Egi itu benar-benar
memeranjatkan banyak pihak kerana selama ini semua tahu yang dia ada menyimpan
hasrat untuk menjadikan Marshanda sebagai isterinya," kata sumber
terdekat.
Pasangan itu menjalinkan hubungan selepas Marshanda bercerai
dengan bekas suaminya, Ben Kasyafani dua tahun lalu, menerusi perkahwinan
tersebut, mereka dikurniakan seorang anak, Sienna Ameerah Kasyafani, Egi pula
pernah berkahwin dengan Citta Permata dan mempunyai seorang anak, Jaden
Foreisythe.
Ulasan
Catat Ulasan