Kisah Sebenar Video Viral Ibu, Bapa Berebut Anak Di Mahkamah.

Video yang viral sejak dari semalam dilihat seorang anak yang memeluk ibunya dan enggan melepaskan ibunya selepas mahkamah memerintahkan hak penjagaan jatuh kepada si bapa.

Menurut sumber kejadian berlaku di mahkamah, setelah mahkamah memerintahkan hak penjagaan jatuh kepada bapa, kanak-kanak lelaki berkenaan berada dalam keadaan stress, malah kanak-kanak itu menolak apabila bapanya cuba memujuk dan mengambilnya.

Ibunya dilihat tidak mahu melepaskan kanak-kanak tersebut walau pun si bapa sudah mendukung kanak-kanak itu untuk beradar dari ruang mahkamah

Berdasarkan video 2 minit 48 saat itu, jelas sekali menunjukkan si ibu bangun dan mendapatkan anaknya. Tatkala si ibu merapati bekas suaminya itu, kanak-kanak itu segera memeluk ibunya. Namun bekas suami tetap tegas menarik semula anak itu sehingga si ibu dan anak itu terjatuh ke lantai.

Sekali lagi bekas suami cuba mengambil anaknya, namun si ibu tidak mahu melepaskan anaknya itu, inilah perkara yang kita tak gemar melihat apabila berlaku perceraian, anak-anak pasti akan menjadi mangsa.

Walau bagaimanapun, tidak adil jika netizen terus menghukum si bapa. Sudah tentu mahkamah mempunyai alasannya tersendiri mengapa hak penjagaan diberikan kepada si bapa. Tambahan, kita hanya melihat video sebahagian sahaja, namun cerita keseluruhan hanya mereka yang terlibat saja mengetahuinya.

Oleh itu, sayangi dan hargailah hubungan anda dan anak-anak anda. Jangan digadaikan hubungan yang tidak ternilai harganya. Semoga kanak-kanak itu dijaga dengan baik oleh bapanya. - The Reporter

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.